Skip to main content

Semarakkan Cinta dan Hubungan Suami Isteri dengan Ikuti Tips Ini!

“Siang terkenang-kenang, makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah, berminyak tak licin”. Begitulah manisnya percintaan di awal-awal perkahwinan jika dapat diungkapkan dengan kata-kata. Sesiapa saja yang melaluinya, pasti akui betapa indahnya saat-saat tersebut. Honeymoon phase atau fasa bulan madu ini seringkali menggembirakan individu kerana pasangan sentiasa cuba untuk membahagiakan dan memberikan kepuasan layanan terhadap pasangan mereka. Tetapi apabila hubungan itu semakin matang, usaha untuk mengekalkan layanan istimewa itu secara beransur-ansur boleh berkurangan dan api yang anda rasakan pada mulanya perlahan-lahan semakin malap. Perkara boleh menjadi membosankan, dan keseronokan hampir tidak wujud. 

Menurut pakar Psikologi, kebanyakan pasangan jatuh ke dalam zon selesa dan menjadikannya sebagai rutin biasa dengan pasangan mereka. Walaupun ini memberikan kita perasaan selamat dan dilindungi dalam sesuatu hubungan, ia boleh mengurangkan perasaan teruja, spontan dan perkara baru yang menyemarakkan hubungan itu. Jika perkara ini kedengaran seperti hubungan anda dan pasangan anda, jangan biarkan hubungan anda terus pudar. Ikuti tips ini untuk semarakkan kembali cinta dan hubungan suami isteri anda! 

  • Ambil masa untuk berbual

Jika dikenangkan zaman percintaan, pasti ada momen dimana anda dan pasangan anda berbual di telefon bimbit sehingga berjam-jam, bukan? Ulang kembali momen itu dengan mencuri masa untuk berbual dengan pasangan anda. Tanyakan bagaimana hari mereka, dengar luahan perasaan mereka.

Selain itu, anda juga boleh meluahkan rasa syukur anda memiliki pasangan anda dengan ungkapkan kata-kata penghargaan anda padanya. Dengan melakukan perkara ini, pasangan anda pasti akan merasa disayangi dan mendapat perhatian anda.

  • Rancang percutian dan masa berdua bersama pasangan

Memiliki sedikit masa khusus untuk meluangkan masa bersendirian dengan pasangan anda adalah kunci untuk mengekalkan hubungan yang kukuh. Jika di awal perkahwinan anda sentiasa berusaha untuk mengadakan masa berdua bersama, perkara yang sama juga sepatutnya berlaku meskipun usia perkahwinan sudah matang. 

Ambil time off untuk bercuti berdua dengan pasangan anda. Sambil berjalan,  peganglah tangan pasangan anda untuk menyemarakkan lagi rasa cinta seperti di awal-awal perkahwinan dulu. Anda juga boleh nikmati masa berdua dengan pasangan anda dengan mewujudkan hari tanpa telefon dan luangkan masa dengan palbagai aktiviti bersama. 

  • Ambil ruang untuk saling bermaaf-maafan

Asam garam rumah tangga, bercanggah pendapat dan bertikam lidah adalah perkara normal. Jika perkara ini sering berlaku, ambil masa untuk bersendirian dahulu. Kemudian, ambil ruang dan bincang secara baik dan berdamai dengan pasangan anda. Bermaafan-maafanlah sesama anda kerana mungkin anda atau pasangan anda ada melukakan hati tanpa sedar. Sesuatu pertelingkahan tidak patut membuatkan kita tidak hormat-menghormati atau bertukar menjadi kenangan pahit.

  • Cuba perkara baru bersama

Terokai perkara atau hobi baru yang tidak pernah anda cuba sebelum ini bersama pasangan anda dan cuba mempelajarinya bersama-sama. Jadi, anda sama-sama dapat berkongsi pengetahuan baru, berkongsi keterujaan yang sama disamping dapat mengeratkan hubungan suami isteri. Pengalaman baharu bersama pasti akan dapat membantu anda reconnect dengan pasangan anda.

Apa-apa pun, komunikasi itu sangat penting dalam perhubungan. Cari masa untuk berbual dengan pasangan anda. Elak memberi tumpuan pada teknologi yang semakin merenggangkan masa berkualiti anda dengan keluarga. Selamat bercinta! 😚