Jadi sebahagian daripada komuniti pengasuh kami dan jana pendapatan memuaskan sambil bekerja secara fleksibel!

Apa itu Kiddocarer?
Kiddocarer ialah pengasuh kami dan berikut adalah tugas anda.

Kenapa kerja dengan Kiddocare?
Waktu Bekerja
Fleksibel
- Kerja separuh / sepenuh masa – terpulang kepada anda!
- Ambil job mengikut masa, lokasi dan kesesuaian anda.
Jana Pendapatan
Memuaskan
- Sepenuh masa – sehingga RM6,000.
- Separuh masa – min. RM1,000 seminggu.
Perkembangan
Kerjaya
- Latihan onboarding dari para profesional penjagaan kanak-kanak.
- Berkembang dalam industri penjagaan kanak-kanak.
Sokongan
Carer
- Insurans servis dan perjalanan
- Pemantauan servis untuk keselamatan anda
- Sokongan admin sebelum, semasa dan selepas servis
- SOP untuk melindungi anda dari kejadian yang tidak diingini
Suka bekerja dengan kanak-kanak?
Daftarlah sekarang dan mulakan kerja mengasuh anda bersama Kiddocare hari ini!
Temui Kidocarers Kami

Pada mulanya, saya menjadi seorang babysitter semasa saya masih belajar di sebuah Kolej Vokasional di Kuala Lumpur dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Selepas tamat belajar, saya sambung perkhidmatan saya sebagai babysitter di Kiddocare sambil menjadi seorang guru taska.
Memang seronok jadi babysitter kerana waktu bekerja yang flexible dan gaji pun dapat on-time setiap minggu.
Saya gunakan platform ini sebagai cara saya mencari pendapatan sampingan dan ianya sangat membantu.
Kalau korang semua nak join saya jadi babysitter, jom daftar di Kiddocare.my.

Selain itu, job yang Aida dapat sekarang ini pun yang long-term sahaja kerana parents dah percaya Aida dengan anak-anak mereka. Pengalaman manis yang Aida tidak dapat lupakan semasa bekerja sebagai seorang babysitter adalah menjaga kanak-kanak keistimewaan upaya.
Banyak yang Aida belajar dan improve sejak menjadi seorang babysitter dengan Kiddocare. Syukur Alhamdulilah Aida diperkenalkan dengan platform Kiddocare.
Sekarang ni Aida boleh dapat RM980 maksimum dalam masa seminggu sahaja Dengan hanya 5 bulan menjadi carer, Aida dapat membeli sebuah kereta baru!
Memang best dan memuaskan jadi carer ni tau. Kalau korang berminat, jom layari www.kiddocare.my sekarang!

Harini Tina nak cerita tentang pengalaman Tina menjadi seorang babysitter di Kiddocare. Best tau! Sebagai seorang graduan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Tina mula jadi babysitter secara part-time je. Pada awalnya, Tina bekerja sebagai seorang guru taska secara full time.
Tapi lepas tu Tina cadang untuk berhenti kerja dan menjadi seorang babysitter di Kiddocare sepenuh masa. Bayangkan, Tina dapat gaji babysitter setiap minggu sebanyak RM900. Cuba korang kira kalau sebulan!
Duit memang best tapi nak jadi babysitter ni, syarat Kiddocare ketat jugak lah, kena training, kena buat background check, kena interview, paham-paham lah nak jaga anak orang kan.
Tina banyak dapat pengalaman baru dan belajar perkara baru sebagai seorang babysitter. Salah satu daripadanya adalah cara menjaga kanak-kanak keistimewaan upaya. Sekarang ini ramai parents dah percayakan Tina untuk menjaga anak-anak mereka.
Tina juga pernah menjaga seorang kanak-kanak autism selama 3 hari berturut-turut. Pengalaman itu banyak mengajar Tina untuk menjadi lebih professional dalam industri pendidikan awal kanak-kanak.
Dari situlah, timbul rasa seronok sebab Tina rasakan perkembangan karier Tina, walaupun bekerja sebagai seorang babysitter.
Kalau awak semua nak jadi macam Tina, jom daftar di Kiddocare untuk menjadi seorang babysitter sekarang!

Sebagai seorang cikgu taska fulltime, saya bersyukur ada platform macam Kiddocare yang boleh bantu saya untuk menjana pendapatan sampingan yang memuaskan. Pada mulanya, saya menjadi seorang babysitter semasa saya masih belajar di sebuah Kolej Vokasional di Kuala Lumpur.
Selepas tamat belajar, saya sambung perkhidmatan saya sebagai babysitter di Kiddocare sambil menjadi seorang guru taska. Memang seronok jadi babysitter sebab waktu bekerja yang flexible dan gaji pun dapat on-time setiap minggu. Ya, setiap minggu!
Kalau tak ada background jaga kanak-kanak pun boleh apply sebab akan berikan pelbagai latihan dan bimbingan sebelum boleh start ambil job.
Sebabnya nak jadi Kiddocarer ni banyak syaratnya tau, kena pergi training, interview, buat background check dan banyak lagi. Ye la, kena la buat menda ni semua sebab nak jaga anak orang kan.
Nak tahu lagi apa yang Kiddocare sediakan dan macamana boleh dapat RM900 dalam masa seminggu sahaja? Korang boleh daftar di www.kiddocare.my sekarang.

Saya bermula menjadi seorang babysitter separuh masa dalam bulan Januari 2020 ,kerana saya merupakan seorang pelajar jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak sepenuh masa di sebuah Kolej Vokasional di Kuala Lumpur.
Ramai juga pramugari, cikgu, dan juga mereka yang terjejas pendapatan kesan dari pandemik berkerja sebagai babysitter di Kiddocare. Bayaran yang kami dapat pun memang memuaskan dan jumlahnya sangat membantu.
Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan adalah bekerja semasa musim pandemik COVID-19 ini mula berleluasa. Saya diminta untuk mengasuh anak-anak doktor dari HKL yang merupakan seorang frontliner secara sepenuh masa.
Walaupun saya baru sahaja menjadi seorang babysitter, pendapatan yang diperoleh mampu untuk membiayai yuran pengajian saya. Selain itu, saya juga dapat membeli pelbagai kelengkapan diri saya, termasuklah sebuah telefon bimbit baharu!
Sekiranya anda berminat untuk menjana pendapatan secara mudah dan selamat , jom daftarkan diri anda sebagai carer di Kiddocare sekarang!

Pada mulanya, saya menjadi seorang babysitter secara separuh masa sahaja, tetapi selepas nampak peluang untuk menjana pendapatan yang memuaskan, saya bercadang untuk menjadi seorang babysitter secara sepenuh masa.
Banyak pengalaman dan pengetahuan yang telah saya pelajari selama menjadi seorang penjaga kanak-kanak yang professional bersama Kiddocare. Kiddocare menghantar saya ke pelbagai jenis kursus penjagaan kanak-kanak dan salah satunya adalah kursus yang dianjurkan oleh Anak Istimewa Negeri Selangor (ANIS).
Dengan pengetahuan yang telah saya perolehi ini, saya diberi kepercayaan oleh Kiddocare dan ibu-bapa untuk menjaga kanak-kanak istimewa.
Syukur Alhamdulilah dengan peluang yang diberi oleh Kiddocare kerana dengan hasil menjadi seorang babysitter selama setahun setengah, saya boleh membeli sebuah motor untuk diri saya bergerak kemana-mana. Insyallah tak lama lagi saya mampu untuk membeli kereta! 🙂
Jika anda berminat untuk menjadi seperti saya, jom join kami di www.kiddocare.my.
Faedah tambahan
Latihan dan peningkatan kemahiran diberikan.
Perlindungan insurans semasa perjalanan dan sewaktu servis dijalankan.
Pemantauan dan sokongan semasa servis.
Bonus servis dan insentif.
Bagaimana cara mendaftar sebagai pengasuh?
Daftar
Daftar sebagai pengasuh di Kiddocare Carer App dan dapatkan pendapatan memuaskan sambil bekerja dengan fleksibel!
Latihan & tapisan
Tiada pengalaman? Jangan risau, kami akan berikan panduan melalui latihan intensif dan sesi onboarding.
Pendaftaran berjaya
Mula bekerja dalam persekitaran yang selamat, selesa dan seronok sambil menimba pengalaman dalam industri.
Sertai kami sekarang!
Ramai ibu bapa perlukan bantuan anda!