Program Pembangunan K-Youth

K-Youth adalah inisiatif kebolehpasaran belia oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) yang bertujuan untuk membangunkan bakat masa depan Malaysia. Program ini mempersiapkan para belia dengan kemahiran dan pengalaman bernilai komersial bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka.

Khazanah kekal komited untuk menyokong kebolehpasaran belia negara, sejajar dengan strategi Memajukan Malaysia kami dan aspirasi Malaysia MADANI.

Apakah Program Pembangunan K-Youth

Helo semua! Program Pembangunan K-Youth bersama Kiddocare ini bertujuan untuk memperkasakan industri penjagaan serta meningkatkan tenaga kerja industri ini melalui 3 cara yang mantap:

Platform Kami: Kami ingin berikan yang terbaik untuk anda dengan menawarkan persekitaran kerja yang lebih baik dan peluang pekerjaan yang lebih banyak! Jom asah kemahiran anda bersama kami!
Akademi Kiddocare: Ingin menjadi seorang yang mahir dalam memberikan penjagaan
terbaik untuk kanak-kanak dan warga emas? Akademi kami akan memberikan latihan
dan pensijilan yang terbaik untuk menjadi seorang adiwira yang berkredibiliti untuk
menjaga mereka!
Aplikasi Kiddocare: Ingin mendapatkan kerja dengan pantas? Jangan risau kerana aplikasi canggih kami sedia membantu! Kami telah memastikan bahawa aplikasi kami mudah digunakan untuk pastikan anda berjaya dalam kerjaya anda serta dapat membantu
meningkatkan kemajuan ekonomi negara.
Program ini mampu membantu meneroka lebih banyak pilihan karier:

  • Guru di Pusat Penjagaan Kanak-Kanak
  • Guru Tadika
  • Penjaga di Rumah Warga Emas
  • Pengasuh ATAU Penjaga Profesional Kiddocare

Mengenai Pengasuh Profesional Kiddocare

Jom kita lihat: Kami menawarkan latihan yang menarik, khidmat penasihatan dan program bimbingan (ya, kami akan bantu anda!) yang menjadi platform kepada anda untuk belajar dan menjadi lebih baik. Matlamat utama kami adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman anda. Oleh itu, anda boleh menjadi pengasuh profesional yang terbaik dan mencapai potensi
tertinggi anda.

Tiada perkara yang bosan di sini. Kami akan gunakan kaedah yang menyeronokkan tetapi mampu menarik perhatian anda untuk menjadi versi terbaik diri anda sambil bergembira dengan latihan dan program yang ditawarkan. Jom sertai perjalanan ini bersama-sama dan tingkatkan taraf karier anda.

Berminat untuk sertai?

4 bulan
kontrak pekerjaan
(dengan pilihan untuk melanjutkan kontrak)

Gaji minimum RM1,800

KWSP, PERKESO, Insurans

Latihan &
peluang pekerjaan

Elaun
perjalanan & telefon

Insentif &
bonus tambahan

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Perempuan
  • 18 hingga 30 tahun
  • Kelayakan minimum:
    Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia
    ATAU Inggeris ATAU kedua-duanya
  • Mempunyai personaliti menarik
  • Tidak bekerja

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Perempuan atau Lelaki
  • 18 hingga 30 tahun
  • Kelayakan minimum:
    Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia
    ATAU Inggeris ATAU kedua-duanya
  • Mempunyai personaliti menarik
  • Tidak bekerja

Jom Kita Dengar Apa Kata
Peserta-Peserta Lepas!

*Peserta lepas adalah daripada Program MyStep dibawakan oleh Khazanah Nasional Berhad.

Laluan Kerjaya Anda:

  • Pengasuh Kanak-Kanak
  • Pelatih Penjagaan Kanak-Kanak
  • Penjaga Keperluan Khas dan Pendidikan
  • Perunding Penjagaan Kanak-Kanak
  • Penyelaras Program Penjagaan Kanak-Kanak
  • Pendidik Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Pentadbir Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Guru Montessori
  • Guru Tadika
  • Pembantu Pusat Penjagaan Kanak-Kanak
  • Pengurus Pusat Penjagaan Kanak-Kanak
  • Ahli Terapi Bermain
  • Usahawan Dalam Bidang Penjagaan
  • Jururawat Pediatrik
  • Penjaga Warga Emas
  • Jururawat Geriatrik
  • Pengurus Penjagaan Geriatrik
  • Penyelaras Aktiviti Kanan
  • Penyelaras Perkhidmatan Untuk Warga Emas
  • Fasilitator Kumpulan Sokongan Warga Emas
  • Pakar Pemulihan Geriatrik
  • Pakar Penjagaan Memori
  • Jurulatih Kecergasan (Senior)
  • Penyelidik Gerontologi
  • Jururawat Penjagaan Hospis
  • Usahawan Dan Bidang Penjagaan

Sertai Kami Sekarang!