Skip to main content

K-youth FAQs

Kiddocare Professional Carer (Part time)

Apakah syarat kelayakan?

Umur: 18 hingga 30 tahun
Jantina: Perempuan
Kelayakan minimum: SPM
Menganggur 1 bulan/ Tiada pekerjaan rasmi Tidak pernah menyertai program yang sama

Bagaimanakah waktu bekerja dan di manakah lokasi kerja?

Peserta dinasihatkan untuk bekerja sekurang-kurangnya 40 jam sebulan. Lokasi kerja adalah fleksibel berdasarkan pilihan anda. Setelah anda melengkapkan semua syarat untuk menjadi Kiddocarer, anda akan didaftarkanan ke dalam sistem kami dan akan menerima maklumat mengenai tempahan yang dibuat oleh klien melalui aplikasi Kiddocare

Adakah terdapat sebarang kontrak untuk bekerja?

Ya, kami akan berkongsi kepada anda terlebih dahulu mengenai kontrak pekerjaan sebelum anda meneruskan dengan lebih lanjut ke dalam program ini setelah anda memenuhi semua syarat kelayakan.

Apakah skop kerja?

Sebagai Kiddocarer, anda dikehendaki melaksanakan tugas-tugas berikut:

 

  1. Pengawasan dan Keselamatan: Memastikan keselamatan kanak-kanak adalah keutamaan utama. Ini termasuk berwaspada semasa waktu bermain, keluar berjalan, dan aktiviti lain untuk mencegah kemalangan atau kecederaan.
  2. Bermain dan Interaksi: Melibatkan diri dalam permainan dan aktiviti yang sesuai dengan usia kanak-kanak untuk memupuk kemahiran sosial, perkembangan kognitif, dan kreativiti.
  3. Sokongan Emosi: Menawarkan sokongan emosi dan pemahaman kepada kanak-kanak, membantu mereka meluahkan perasaan dan mengatasi sebarang cabaran yang mungkin mereka hadapi.
  4. Membantu dengan Aktiviti Harian: Membantu dengan tugas-tugas seperti berpakaian, makan, dan kebersihan diri, bergantung kepada umur dan keupayaan kanak-kanak.
  5. Sokongan Pendidikan: Membantu dengan kerja rumah, membaca, dan aktiviti pendidikan untuk memupuk pembelajaran dan perkembangan akademik.
  6. Menggalakkan berdikari: Menggalakkan kanak-kanak untuk berdikari dan keyakinan diri dengan cara yang sesuai dengan umur mereka.
  7. Komunikasi: Mengekalkan komunikasi terbuka dan jelas dengan ibu bapa atau penjaga mengenai kemajuan, tingkah laku, dan sebarang kebimbangan yang mungkin timbul.

Adakah pekerjaan ini secara sepenuh masa atau separuh masa?

Kami hanya menawarkan jawatan ini secara separuh masa.

Berapa lamakah tempoh latihan dan adakah ia akan di buat secara fizikal atau dalam talian?

Untuk jawatan ini, anda perlu menghadiri latihan secara fizikal selama 5 hari sebelum boleh menjadi Professional Kiddocarer kami. Anda juga perlu menghadiri latihan bulanan selama 2-3 hari sepanjang program ini belangsung. Namun, anda akan menerima elaun latihan dan K-Youth Trainee Completion Bonus sekiranya anda berjaya menghadiri kesemua latihan bulanan.

Di manakah latihan tersebut akan diadakan?

Kota Damansara, Petaling Jaya

Apakah faedah apabila menyertai program ini?

Anda layak menerima faedah berikut:

  • KWSP
  • Caruman SIP & PERKESO
  • Insurans Kumpulan
  • Bonus
  • Elaun
  • Cuti Sakit / Tuntutan Perubatan

Bagaimana pendapatan yang akan diterima melalui program ini?

Anda akan menerima komisyen bulanan berdasarkan jumlah servis yang berjaya dilengkapkan

Adakah saya akan menerima bayaran sekiranya bekerja lebih masa, cuti sakit dan cuti tahunan?

Anda layak untuk menerima faedah berikut:

  1. Cuti sakit: 4 hari (anda boleh membuat tuntutan bayaran melalui sijil cuti sakit yang sah dengan jumlah tuntutan maksimum sebanyak RM200 bagi tempoh 4 bulan program)
  2. Kerja lebih masa: Anda akan menerima bayaran pekerjaan lebih masa berdasarkan waktu lanjutan yang diminta oleh klien

Adakah saya perlu memohon pekerjaan melalui aplikasi Kidodcare dan bolehkah saya memilih klien?

Ya, anda perlu memohon melalui aplikasi Kiddocare dan anda mempunyai pilihan untuk memilih klien yang besesuaian berdasarkan keutamaan anda.

Bolehkah saya meminta insentif perjalanan?

Anda tidak boleh meminta insentif perjalanan daripada klien. Walau bagaimanapun, kami akan memberikan insentif perjalanan RM30/servis untuk membantu anda berulang-alik ke lokasi klien.

Bolehkah saya menukar jawatan saya daripada Kiddocarer Sambilan kepada Kiddocarer Sepenuh Masa atau sebaliknya?

Atas apa jua alasan, peserta tidak boleh menukar jawatan mereka ke jawatan lain semasa program ini berlangsung

Jika saya berminat dan dari negeri lain, adakah saya perlu berpindah ke Lembah Klang?

Ya. Jika anda berminat dan berasal dari negeri lain, anda perlu berpindah ke Lembah Klang. Walau bagaimanapun, pengangkutan dan penginapan adalah atas tanggungjawab sendiri

Bolehkah saya menarik diri daripada program ini selepas menerima surat tawaran?

Ya, anda boleh menarik diri daripada program ini tetapi anda akan dikenakan penalti dengan membayar semula kos latihan. Selain itu, anda juga perlu memberikan sebulan notis sebelum boleh menarik diri daripada program.

Selepas menandatangani Surat Tawaran, adakah saya akan menjadi pekerja Kiddocare?

Ya. Selepas menandatangani surat tawaran, anda akan dianggap sebagai pekerja Kiddocare untuk tempoh yang dinyatakan dalam kontrak. Ini bermakna status pekerjaan anda adalah sah dan diiktiraf untuk tempoh yang digariskan dalam perjanjian.

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya terlepas sesi latihan wajib?

Peserta perlu memberikan alasan dan bukti yang sah sekiranya tidak dapat menghadiri latihan wajib. Sekiranya peserta gagal menghadiri latihan, peserta akan mendapatkan potongan gaji dan mereka perlu untuk membuat pembelajaran kendiri, mengambil ujian dan menjalani penilaian fizikal di HQ. Sekiranya gagal, mereka perlu mengambil ujian dan penilaian semula di HQ. Kehadiran untuk latihan dan penilaian semula tidak akan dibayar.

Siapa yang perlu saya maklumkan apabila saya tidak boleh datang ke tempat kerja atau mungkin lewat ke tempat kerja?

Anda harus memaklumkan kepada admin yang bertugas sekiranya anda menghadapi sebarang isu seperti tidak boleh datang ke rumah klien atau anda terlewat.

Siapa yang harus saya maklumkan jika saya telah diminta untuk melaksanakan tugas yang tidak dinyatakan dalam skop kerja?

Anda harus memaklumkan kepada admin yang bertugas semasa sesi servis anda sekiranya anda diminta untuk melakukan tugas yang tidak dinyatakan dalam skop kerja.

Kepada siapa saya boleh membuat aduan jika terdapat perselisihan faham dengan klien?

Anda boleh membuat aduan kepada admin yang bertugas semasa sesi servis anda jika terdapat percanggahan/perselisihan faham dengan klien untuk siasatan lanjut.

Kiddocare Professional Childcare Caregiver (Family Home)

Apakah syarat kelayakan?

Umur: 18 hingga 30 tahun
Jantina: Perempuan
Kelayakan minimum: SPM
Menganggur 1 bulan/ Tiada pekerjaan rasmi Tidak pernah menyertai program yang sama

Bagaimanakah waktu bekerja dan di manakah lokasi kerja?

Sebagai Professional Home Caregiver, anda perlu bekerja selama 45 jam seminggu dan anda layak untuk menerima bayaran tambahan sekiranya bekerja lebih masa. Anda akan bekerja dengan 1 keluarga yang sama sepanjang 4 bulan selama program ini berlangsung.

Adakah terdapat sebarang kontrak untuk bekerja?

Ya, kami akan berkongsi kepada anda terlebih dahulu mengenai kontrak pekerjaan sebelum anda meneruskan dengan lebih lanjut ke dalam program ini setelah anda memenuhi semua syarat kelayakan.

Apakah skop kerja?

Sebagai Kiddocare Professional Childcare Caregiver (Family Home), anda dikehendaki melaksanakan tugas-tugas berikut:

  1. Menyediakan tugas-tugas asas penjagaan kanak-kanak termasuk, penjagaan rutin seperti berpakaian, memberi makan, dan menjaga kebersihan diri.
  2. Memahami rutin harian dan jadual kanak-kanak untuk penjagaan asas.
  3. Mengikut arahan dan panduan yang diberikan oleh klien.
  4. Mengekalkan persekitaran yang bersih dan teratur untuk kanak-kanak.
  5. Merancang dan melibatkan diri dengan kanak-kanak dalam aktiviti pendidikan dan keseronokan yang sesuai dengan usia, waktu bermain dan permainan.
  6. Memberi 100% fokus dan perhatian kepada kanak-kanak dengan menjadi peka, responsif, dan tersedia secara emosi kepada keperluan kanak-kanak sambil memberikan panduan dan pengawasan yang sesuai.
  7. Merekod aktiviti kanak-kanak dan mencatat tingkah laku atau pencapaian yang ketara.
  8. Berkomunikasi dengan klien mengenai aktiviti, kemajuan, insiden atau masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak.
  9. Menyediakan dan menghidangkan makanan atau snek untuk kanak-kanak mengikut panduan ibu bapa. Memasak tidak dibenarkan. Contohnya: Jika ibu bapa telah menyediakan makanan, pengasuh dibenarkan memanaskan makanan menggunakan oven/mikrowave/penggoreng udara.
  10. Melaksanakan tugasan rumah yang ringkas yang berkaitan dengan kanak-kanak, seperti mengemas kawasan permainan, mencuci pinggan, melipat pakaian.
  11. Memastikan keselamatan kanak-kanak semasa waktu bermain, keluar berjalan, dan aktiviti lain untuk mengelakkan berlaku sebarang kemalangan atau kecederaan.

Adakah pekerjaan ini secara sepenuh masa atau separuh masa?

Kami hanya menawarkan jawatan ini secara sepenuh masa.

Berapa lamakah tempoh latihan dan adakah ia akan di buat secara fizikal atau dalam talian?

Latihan lengkap akan mengambil masa selama 3 minggu. Tetapi, 2 minggu akan diperuntukkan untuk latihan secara fizikal dan 1 minggu secara dalam talian.

Di manakah latihan tersebut akan diadakan?

Anda akan menghadiri latihan di International Medical University (IMU), Bukit Jalil.

Apakah faedah apabila menyertai program ini?

Anda layak menerima faedah berikut:

  • KWSP
  • Caruman SIP & PERKESO
  • Insurans Kumpulan
  • Cuti sakit / Tuntutan Perubatan
  • Elaun

Adakah saya akan menerima bayaran sekiranya bekerja lebih masa, cuti sakit dan cuti tahunan?

Anda layak untuk menerima faedah berikut:

  1. Cuti sakit: 4 hari (anda boleh membuat tuntutan bayaran melalui sijil cuti sakit yang sah dengan jumlah tuntutan maksimum sebanyak RM200 bagi tempoh 4 bulan program)
  2. Cuti tahunan: 1 hari sebulan (jumlah 4 hari dalam tempoh 4 bulan bekerja)
  3. Kerja lebih masa – Kerja lebih masa akan dibayar mengikut akta kerja.

Adakah saya perlu memohon pekerjaan melalui aplikasi Kidodcare dan bolehkah saya memilih klien?

Tidak, anda tidak perlu memohon melalui aplikasi Kiddocare dan anda tidak boleh memilih klien secara langsung. Anda akan dipadankan dengan klien berdasarkan kemahiran, keutamaan dan keperluan klien anda.

Bolehkah saya meminta insentif perjalanan?

Insentif perjalanan akan diberikan dan butiran mengenai insentif ini akan disertakan dalam surat tawaran rasmi atau akan dikongsikan dengan anda semasa taklimat pengenalan.

Bolehkah saya menukar jawatan saya daripada Kiddocarer Sambilan kepada Kiddocarer Sepenuh Masa atau sebaliknya?

Atas apa jua alasan, peserta tidak boleh menukar jawatan mereka ke jawatan lain semasa program ini berlangsung

Jika saya berminat dan dari negeri lain, adakah saya perlu berpindah ke Lembah Klang?

Ya. Jika anda berminat dan berasal dari negeri lain, anda perlu berpindah ke Lembah Klang. Walau bagaimanapun, pengangkutan dan penginapan adalah atas tanggungjawab sendiri

Bolehkah saya menarik diri daripada program ini selepas menerima surat tawaran?

Ya, anda boleh menarik diri daripada program ini tetapi anda akan dikenakan penalti dengan membayar semula kos latihan. Selain itu, anda juga perlu memberikan sebulan notis sebelum boleh menarik diri daripada program.

Selepas menandatangani Surat Tawaran, adakah saya akan menjadi pekerja Kiddocare?

Ya. Selepas menandatangani surat tawaran, anda akan dianggap sebagai pekerja Kiddocare untuk tempoh yang dinyatakan dalam kontrak. Ini bermakna status pekerjaan anda adalah sah dan diiktiraf untuk tempoh yang digariskan dalam perjanjian.

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya terlepas sesi latihan wajib?

Peserta perlu memberikan alasan dan bukti yang sah sekiranya tidak dapat menghadiri latihan wajib. Sekiranya peserta gagal menghadiri latihan, peserta akan mendapatkan potongan gaji dan mereka perlu untuk membuat pembelajaran kendiri, mengambil ujian dan menjalani penilaian fizikal di HQ. Sekiranya gagal, mereka perlu mengambil ujian dan penilaian semula di HQ. Kehadiran untuk latihan dan penilaian semula tidak akan dibayar.

Siapa yang perlu saya maklumkan apabila saya tidak boleh datang ke tempat kerja atau mungkin lewat ke tempat kerja?

Anda harus memaklumkan kepada admin yang bertugas sekiranya anda menghadapi sebarang isu seperti tidak boleh datang ke rumah klien atau anda terlewat.

Siapa yang harus saya maklumkan jika saya telah diminta untuk melaksanakan tugas yang tidak dinyatakan dalam skop kerja?

Anda harus memaklumkan kepada admin yang bertugas semasa sesi servis anda sekiranya anda diminta untuk melakukan tugas yang tidak dinyatakan dalam skop kerja.

Kepada siapa saya boleh membuat aduan jika terdapat perselisihan faham dengan klien?

Anda boleh membuat aduan kepada admin yang bertugas semasa sesi servis anda jika terdapat percanggahan/perselisihan faham dengan klien untuk siasatan lanjut.

Kiddocare Professional Elder Caregiver (Family Home)

Apakah syarat kelayakan?

Umur: 24 hingga 30 tahun
Jantina: Lelaki & Perempuan
Kelayakan minimum: SPM
Menganggur 1 bulan/ Tiada pekerjaan rasmi Tidak pernah menyertai program yang sama

Bagaimanakah waktu bekerja dan di manakah lokasi kerja?

Sebagai Professional Elder Caregiver, anda perlu bekerja selama 45 jam seminggu dan anda layak untuk menerima bayaran tambahan sekiranya bekerja lebih masa. Anda akan bekerja dengan 1 keluarga yang sama sepanjang 4 bulan selama program ini berlangsung

Adakah terdapat sebarang kontrak untuk bekerja?

Ya, kami akan berkongsi kepada anda terlebih dahulu mengenai kontrak pekerjaan sebelum anda meneruskan dengan lebih lanjut ke dalam program ini setelah anda memenuhi semua syarat kelayakan.

Apakah skop kerja?

Sebagai Profesional Elder Caregiver, anda dikehendaki melaksanakan tugas-tugas berikut:

  1. Peneman: Terlibat dalam perbualan seharian dan melakukan aktiviti untuk mengurangkan perasaan sunyi dan kesepian dengan memberikan sokongan emosi dan menjadi pendengar yang baik.
  2. Pengangkutan: Membantu dalam pengangkutan ke temu janji doktor, keluar bersosial, membeli-belah barang keperluan, atau sebarang urusan lain.
  3. Pengawasan Keselamatan: Memastikan kawasan persekitaran adalah selamat dan bebas dari bahaya. Melaksanakan langkah-langkah keselamatan, terutamanya jika warga emas tersebut mempunyai masalah mobiliti atau ingatan.
  4. Senaman dan Mobiliti: Menggalakkan aktiviti fizikal dan membantu dalam senaman ringan untuk mengekalkan kekuatan dan mobiliti.
  5. Pemantauan Kesihatan: Mengawasi sebarang perubahan dalam keadaan kesihatan warga emas dan melaporkan sebarang kebimbangan kepada ahli keluarga atau profesional kesihatan.
  6. Komunikasi dengan Keluarga: Menyampaikan maklumat kepada ahli keluarga mengenai kesejahteraan warga emas tersebut dan sebarang perubahan yang ketara dalam kesihatan atau tingkah laku mereka.

Adakah pekerjaan ini secara sepenuh masa atau separuh masa?

Kami hanya menawarkan jawatan ini secara sepenuh masa.

Berapa lamakah tempoh latihan dan adakah ia akan di buat secara fizikal atau dalam talian?

Khusus bagi jawatan ini, anda akan menjalani latihan secara fizikal selama 1 bulan (tidak termasuk sabtu dan ahad).

Di manakah latihan tersebut akan diadakan?

Anda akan menghadiri latihan di International Medical University (IMU), Bukit Jalil.

Apakah faedah apabila menyertai program ini?

Anda layak menerima faedah berikut:

  • KWSP
  • Caruman SIP & PERKESO
  • Insurans Kumpulan
  • Bonus
  • Elaun
  • Cuti tahunan
  • Cuti Sakit / Tuntutan Perubatan

Adakah saya akan menerima bayaran sekiranya bekerja lebih masa, cuti sakit dan cuti tahunan?

Anda layak untuk menerima faedah berikut:

  1. Cuti sakit: 4 hari (anda boleh membuat tuntutan bayaran melalui sijil cuti sakit yang sah dengan jumlah tuntutan maksimum sebanyak RM200 bagi tempoh 4 bulan program)
  2. Cuti tahunan: 1 hari sebulan (jumlah 4 hari dalam tempoh 4 bulan bekerja)
  3. Kerja lebih masa – Kerja lebih masa akan dibayar mengikut akta kerja.

Adakah saya perlu memohon pekerjaan melalui aplikasi Kidodcare dan bolehkah saya memilih klien?

Tidak, anda tidak perlu memohon melalui aplikasi Kiddocare dan anda tidak boleh memilih klien secara langsung. Anda akan dipadankan dengan klien berdasarkan kemahiran, keutamaan dan keperluan klien anda.

Bolehkah saya meminta insentif perjalanan?

Insentif perjalanan akan diberikan dan butiran mengenai insentif ini akan disertakan dalam surat tawaran rasmi atau akan dikongsikan dengan anda semasa taklimat pengenalan.

Bolehkah saya menukar jawatan saya daripada Kiddocarer Sambilan kepada Kiddocarer Sepenuh Masa atau sebaliknya?

Atas apa jua alasan, peserta tidak boleh menukar jawatan mereka ke jawatan lain semasa program ini berlangsung

Jika saya berminat dan dari negeri lain, adakah saya perlu berpindah ke Lembah Klang?

Ya. Jika anda berminat dan berasal dari negeri lain, anda perlu berpindah ke Lembah Klang. Walau bagaimanapun, pengangkutan dan penginapan adalah atas tanggungjawab sendiri

Bolehkah saya menarik diri daripada program ini selepas menerima surat tawaran?

Ya, anda boleh menarik diri daripada program ini tetapi anda akan dikenakan penalti dengan membayar semula kos latihan. Selain itu, anda juga perlu memberikan sebulan notis sebelum boleh menarik diri daripada program.

Selepas menandatangani Surat Tawaran, adakah saya akan menjadi pekerja Kiddocare?

Ya. Selepas menandatangani surat tawaran, anda akan dianggap sebagai pekerja Kiddocare untuk tempoh yang dinyatakan dalam kontrak. Ini bermakna status pekerjaan anda adalah sah dan diiktiraf untuk tempoh yang digariskan dalam perjanjian.

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya terlepas sesi latihan wajib?

Peserta perlu memberikan alasan dan bukti yang sah sekiranya tidak dapat menghadiri latihan wajib. Sekiranya peserta gagal menghadiri latihan, peserta akan mendapatkan potongan gaji dan mereka perlu untuk membuat pembelajaran kendiri, mengambil ujian dan menjalani penilaian fizikal di HQ. Sekiranya gagal, mereka perlu mengambil ujian dan penilaian semula di HQ. Kehadiran untuk latihan dan penilaian semula tidak akan dibayar.

Siapa yang perlu saya maklumkan apabila saya tidak boleh datang ke tempat kerja atau mungkin lewat ke tempat kerja?

Anda harus memaklumkan kepada admin yang bertugas sekiranya anda menghadapi sebarang isu seperti tidak boleh datang ke rumah klien atau anda terlewat.

Siapa yang harus saya maklumkan jika saya telah diminta untuk melaksanakan tugas yang tidak dinyatakan dalam skop kerja?

Anda harus memaklumkan kepada admin yang bertugas semasa sesi servis anda sekiranya anda diminta untuk melakukan tugas yang tidak dinyatakan dalam skop kerja.

Kepada siapa saya boleh membuat aduan jika terdapat perselisihan faham dengan klien?

Anda boleh membuat aduan kepada admin yang bertugas semasa sesi servis anda jika terdapat percanggahan/perselisihan faham dengan klien untuk siasatan lanjut.

Assistance Teacher (Caregiver)

Apakah syarat kelayakan?

Umur: 18 hingga 30 tahun
Jantina: Lelaki & Perempuan
Kelayakan minimum: SPM
Menganggur 1 bulan/ Tiada pekerjaan rasmi Tidak pernah menyertai program yang sama

Bagaimanakah waktu bekerja dan di manakah lokasi kerja?

Peserta perlu merujuk kepada lokasi, hari dan waktu bekerja di Taska yang terpilih.

Adakah terdapat sebarang kontrak untuk bekerja?

Ya, kami akan berkongsi kepada anda terlebih dahulu mengenai kontrak pekerjaan sebelum anda meneruskan dengan lebih lanjut ke dalam program ini setelah anda memenuhi semua syarat kelayakan.

Apakah skop kerja?

Pengasuh Kanak-kanak / Pembantu Guru

 

*Deskripsi kerja mungkin berbeza, bergantung pada penempatan bagi peserta.

Adakah pekerjaan ini secara sepenuh masa atau separuh masa?

Kami hanya menawarkan jawatan ini secara sepenuh masa.

Berapa lamakah tempoh latihan dan adakah ia akan di buat secara fizikal atau dalam talian?

Peserta akan dilatih sepenuhnya oleh pusat penjagaan seperti yang telah ditempatkan

Di manakah latihan tersebut akan diadakan?

Anda akan menjalani latihan di pusat penjagaan yang telah ditempatkan.

Apakah faedah apabila menyertai program ini?

Anda layak menerima faedah berikut:

  • KWSP
  • Caruman SIP & PERKESO
  • Cuti Sakit / Tuntutan Perubatan

Adakah saya akan menerima bayaran sekiranya bekerja lebih masa, cuti sakit dan cuti tahunan?

Status cuti tahunan dan tuntutan sekiranya bekerja lebih masa anda akan bergantung kepada pusat penjagaan yang telah ditempatkan.

Cuti sakit: 4 hari (anda boleh membuat tuntutan bayaran melalui sijil cuti sakit yang sah dengan jumlah tuntutan maksimum sebanyak RM200 bagi tempoh 4 bulan program)

Adakah saya perlu memohon pekerjaan melalui aplikasi Kidodcare dan bolehkah saya memilih klien?

Tidak, anda tidak perlu memohon melalui aplikasi Kiddocare dan anda tidak boleh memilih klien secara langsung. Anda akan ditempatkan di pusat penjagaan yang bekerjasama dengan Kiddocare.

Bolehkah saya meminta insentif perjalanan?

Tidak, insentif perjalanan tidak akan disediakan dan anda tidak boleh memohon insentif perjalanan dari pihak pusat penjagaan.

Adakah penginapan akan disediakan?

Bergantung kepada ketersediaan asrama di pusat penjagaan.

Bolehkah saya menukar jawatan saya daripada Kiddocarer Sambilan kepada Kiddocarer Sepenuh Masa atau sebaliknya?

Atas apa jua alasan, peserta tidak boleh menukar jawatan mereka ke jawatan lain semasa program ini berlangsung

Jika saya berminat dan dari negeri lain, adakah saya perlu berpindah ke Lembah Klang?

Khusus untuk jawatan ini, kami membuka peluang kepada peserta dari semua negeri. Oleh itu, perpindahan ke Lembah Klang tidak diperlukan. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada ketersediaan pusat penjagaan di lokasi anda.

Bolehkah saya menarik diri daripada program ini selepas menerima surat tawaran?

Ya, anda boleh menarik diri daripada program ini tetapi anda akan dikenakan penalti dengan membayar semula kos latihan. Selain itu, anda juga perlu memberikan sebulan notis sebelum boleh menarik diri daripada program.

Selepas menandatangani Surat Tawaran, adakah saya akan menjadi pekerja Kiddocare?

Tidak. Selepas menandatangani surat tawaran, anda akan dianggap sebagai pekerja di pusat penjagaan yang anda telah ditempatkan.

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya terlepas sesi latihan wajib?

Latihan akan diberikan mengikut keperluan industri.

Siapa yang perlu saya maklumkan apabila saya tidak boleh datang ke tempat kerja atau mungkin lewat ke tempat kerja?

Anda harus memaklumkan kepada pihak Taska yang bertugas jika anda tidak boleh datang bekerja atau jika anda mungkin lewat. Namun, potongan gaji mungkin akan dibuat sekiranya anda tidak hadir ke tempat kerja.

Siapa yang harus saya maklumkan jika saya telah diminta untuk melaksanakan tugas yang tidak dinyatakan dalam skop kerja?

Anda harus memaklumkan kepada pihak Taska yang bertugas jika anda telah diminta untuk melakukan tugas yang tidak dinyatakan dalam skop kerja.

Kepada siapa saya boleh membuat aduan jika terdapat perselisihan faham dengan klien?

Anda hendaklah memaklumkan kepada pihak Taska yang bertugas sekiranya berlaku konflik sewaktu bekerja. Pihak pusat penjagaan akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap aduan yang diterima.