Skip to main content

Tips Cari Pengasuh yang Boleh Dipercayai di Malaysia

Sebagai ibu bapa yang masing-masing bekerja, mencari pengasuh yang boleh dipercayai dan ikhlas menjaga anak-anak bukan mudah. Walaupun kita tahu tak ada orang yang boleh ganti tugas kita sebagai ibu bapa, kita juga tak boleh ada dengan anak-anak 24 jam, terutamanya bila perlu bekerja, keluar membeli barang dapur ataupun untuk luangkan masa berdua dengan pasangan. Ingat, ibu bapa pun perlu ada “me-time” tau!

Sebab itu pentingnya ibu bapa untuk ambil pengasuh yang boleh dipercayai supaya kita boleh keluar dan tak perlu risau tentang anak-anak. Yang penting, kita tahu anak-anak di rumah dalam keadaan yang selamat dan happy, betul tak?

Jadi, sebelum kita ambil pengasuh, ada beberapa langkah yang kita perlu ambil untuk tentukan pengasuh kita boleh dipercayai atau tidak.

Dilatih dalam penjagaan asas kanak-kanak

Mencari pengasuh yang dipercayai bukanlah mencari seseorang untuk sekadar menjaga anak-anak kita. Pengasuh sepatutnya menjaga keselamatan, kesejahteraan, keselesaan dan kebahagian anak-anak. Sebab itu kita perlu pastikan pengasuh kita telah dilatih dalam penjagaan kanak-kanak, supaya mereka dilengkapi dengan skil dan pelbagai pendekatan dalam perkembangan kanak-kanak.

Pemeriksaan latar belakang

Keselamatan anak-anak adalah keutamaan bagi setiap ibu bapa. Jadi, bila kita mencari pengasuh, kita tak boleh terlalu berhati-hati. Pemeriksaan latar belakang ini penting untuk kita pastikan ketepatan latar belakang pengasuh kita. Ibu bapa perlu periksa sebarang rekod jenayah lampau, pastikan ketepatan identiti, pendidikan dan sejarah pekerjaan mereka.

Dilatih CPR dan First Aid

Kanak-kanak memang terkenal dengan sifat ingin tahu mereka. Jadi, mereka lebih terdedah kepada kemalangan di rumah. Kecederaan yang kerap berlaku termasuk lemas, tercekik, terjatuh, luka dan melecur. Oleh itu, kita perlu pastikan yang pengasuh kita telah menjalani latihan CPR dan First Aid supaya mereka tahu cara-cara untuk tangani insiden kecemasan bagi menyelamatkan nyawa anak-anak.

Pengalaman dan rujukan

Menjalankan proses rujukan adalah salah satu bahagian yang penting dalam proses saringan pengasuh. Tapi, ibu bapa tak boleh mengambil pengasuh tanpa mengambil langkah ini. Setiap pengasuh mempunyai latar belakang yang unik dan pengalaman yang berbeza, jadi ibu bapa perlu pastikan pengasuh itu ada pengalaman yang relevan untuk menjaga anak-anak mereka.

Kiddocare

Di Kiddocare, kami jalankan semua proses latihan dan saringan pengasuh untuk anda! Dicipta oleh ibu bapa, untuk ibu bapa – Kiddocare menghubungkan ibu bapa dengan pengasuh terlatih dan disaring yang sesuai untuk keluarga anda mengikut masa dan lokasi pilihan anda.

Pengasuh kami adalah:

Wanita warganegara Malaysia
Diperiksa latar belakang dan disaring
Dilatih dalam penjagaan asas kanak-kanak, CPR dan First Aid

Jadi, anda tak perlu susah-susah cari pengasuh lagi! Untuk info lanjut, klik saja di sini.