Skip to main content

4  ‘baby room’ dalam Pusat Beli Belah yang Menarik di Lembah Klang

“Alamak, pampers dah penuh. Dekat mana nak tukar ni?” Hah…ramai ibu bapa yang panik setiap kali bayi mereka meragam ketika keluar bersama ke pusat beli-belah. Baru ingat nak happy-happy, tiba-tiba rasa serabut. Jangan spoil kan masa anda bersama keluarga. Anda sepatutnya gembira berjalan bersama anak dan pasangan anda. Pusat beli-belah sekarang kebanyakannya telah menyediakan bilik persalinan bayi yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti bilik menyusu, sinki, mesin air panas dan sejuk serta tempat khas untuk menukar lampin. Ada juga bilik persalinan bayi yang turut menyediakan ruang permainan untuk anak-anak kecil bermain. Menarik bukan?

Jadi, anda tak perlu runsing. Semua kemudahan ini anda boleh dapati di kebanyakan pusat beli belah yang terdapat di sekitar Lembah Klang. Jadi, jika anda merancang untuk berjalan bersama keluarga anda, terutama yang mempunyai anak kecil dan bayi, anda tak perlu risau lagi jika anak anda mahu menyusu atau menukar lampin. Jom lihat dimana kemudahan tersebut boleh anda dapati!

Bilik persalinan bayi di Sunway Pyramid
  • Sunway Pyramid 

Siapa yang tak kenal dengan pusat beli belah yang sangat ikonik dengan reka bentuknya yang diinspirasikan dari Piramid, Parsi? Sunway Pyramid merupakan antara pusat beli belah yang sangat mesra untuk ibu bapa serta anak kecil. Baby room nya bukan sahaja bersih, malah ia turut disanitasi setiap 4 jam sepanjang tempoh operasi. Untuk meningkat tahap kebersihan, pihak mereka turut menggunakan penyembur Nano Coating Technology treatment oleh  SmartCoat untuk tujuan membunuh kuman. 

Selain itu, bilik tersebut turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik menyusu privasi, tandas kids-friendly, stesen menukar lampin,hand sanitizer, losyen, sabun mandi serta mesin air panas dan sejuk. Anda juga boleh dapatkan skarf menyusu serta pemanas botol susu di kaunter Concierge mereka.

Lokasi baby room terletak di:

– Tingkat LG2 Red Zone (dengan tandas kanak-kanak)

– Tingkat LG2 Orange Zone

– TingkatLG1 Red Zone (dengan tandas kanak-kanak)

– Tingkat LG1 Orange Zone (dengan tandas kanak-kanak )

– TingkatG Floor Red Zone

Bilik persalinan bayi di Ikano Power Centre (IPC)
  • Ikano Power Centre (IPC)

Terletak di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Ikano Power Centre atau IPC ini merupakan antara Pusat beli belah yang sangat mesra keluarga. Di samping memiliki baby room yang cantik dekorasinya serta lengkap dengan pelbagai kemudahan bagi ibu menyusu dan menukar lampin, IPC turut menyediakan kemudahan sewaan stroller untuk bayi dan kerusi roda untuk dewasa serta parkir khas untuk kemudahan pengunjung yang berkeluarga.

Lokasi baby room terletak di: 

– Tingkat G

– Tingkat L2

Bilik persalinan bayi di 1 Utama, Petaling Jaya
  • 1  Utama

Jika anda tinggal di kawasan Petaling Jaya atau Kuala Lumpur, tak sah kalau anda tak pernah jejakkan kaki ke sini. Pusat beli belah 1 Utama yang terletak di Bandar Utama, Petaling Jaya ini seringkali menjadi destinasi kunjungan keluarga untuk meluangkan masa bersama. Mungkin ada yang tercari-cari di mana lokasi bilik persalinan bayi nya? Ya lah, 1 Utama ni kan besar. Bilik persalinan bayi nya juga besar dan selesa untuk anda uruskan bayi dan anak-anak anda. Malah, ia turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk menukar lampin, menyusu dan sebagainya. 

Lokasi baby room terletak di:

– Tingkat 2 (main baby room)

– Tingkat G

Bilik persalinan bayi Central I City
  • Central I City

Merancang nak bawak anak-anak melihat kecantikan lampu-lampu pada waktu malam di I City? Sebelum tu, anda boleh berjalan sambil cuci mata di pusat beli belah Central I City, Shah Alam! Kalau waktu malamnya anak yang gembira, ibu bapa pun perlu gembira juga pada waktu siang. Sambil-sambil shopping, jika anda perlu menukar lampin atau perlu menyusu dan membancuh susu, Central I City ada menyediakan bilik persalinan bayi yang sangat selesa serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan menukar lampin serta bilik privasi.

Lokasi baby room terletak di:

– Tingkat LG

– Tingkat 3

Lepas ni, anda dah tak perlu risau lagi untuk berjalan-jalan dengan keluarga. Gunakan kemudahan yang ada dan nikmati masa-masa indah ini bersama keluarga anda. 

Being a parent can be tiring. We feel you and #kiddocaremy is here to help you find your zen. Download our app to book your babysitter. Do visit our page to learn more!