Jadi sebahagian daripada komuniti pengasuh kami dan jana pendapatan memuaskan sambil bekerja secara fleksibel!
Apa itu Kiddocarer?
Kiddocarer ialah pengasuh kami dan berikut adalah tugas anda.
Kenapa kerja dengan Kiddocare?
Pendapatan dan
Pembayaran
- Jana pendapatan RM20/jam dan sehingga RM6,000 sebulan!
- Pembayaran akan dibuat secara mingguan pada hari Selasa/Rabu/Khamis.
Waktu Bekerja
yang Fleksibel
- Lebih lama anda bekerja, lebih tinggi pendapatan anda!
Anda boleh memilih waktu bekerja yang sesuai melalui aplikasi Kiddocare Carer.
Lokasi Bekerja
yang Fleksibel
- Anda boleh memilih untuk bekerja di Klang Valley
ataupun di negeri yang berbeza di seluruh semenanjung Malaysia. Sekiranya anda layak, anda mungkin akan
bekerja di luar negara!
Yuran
Komitmen
- RM120 (Sekali sahaja)
*tidak akan dikembalikan - Anda akan dapat:
– Latihan intensif.
– Insurans Kiddocarer Protect⁺ dan pemeriksaan latar belakang.
– Akses kepada aplikasi Kiddocare Carer.
– Akses kepada Moodle Akademi Kiddocare.
Sertai Sekarang & Mula Menjana Pendapatan dalam Tempoh Seminggu!
Suka bekerja dengan kanak-kanak?
Daftarlah sekarang dan mulakan kerja mengasuh anda bersama Kiddocare hari ini!
Latihan untuk menjadi Kiddocarer
Latihan Asas Penjagaan Kanak-kanak
Objektif: Membina asas yang kukuh dalam prinsip penjagaan kanak-kanak asas pada pelbagai peringkat perkembangan kanak-kanak.
Topik yang dibincangkan:
- Etika & Profesionalisme Kiddocarer
- Penjagaan Rutin Holistik Kanak-Kanak
- Teras Pencapaian & Aktiviti Pembangunan Holistik Kanak-Kanak
- Memahami & Mengurus Tingkah Laku Kanak-Kanak
Latihan Sop Penjagaan Kanak-kanak
Objektif: Memastikan keselamatan, kesejahteraan, dan penjagaan berkualiti kanak-kanak sambil mematuhi garis panduan yang ditetapkan dan mengekalkan profesionalisme.
Topik yang dibincangkan:
- Proses Pekhidmatan Kiddocare
- Kepentingan SOP dan Akibat Pelanggaran
- Panduan SOP: Sebelum, Semasa & Selepas
- Prosedur Laporan Kecemasan
- Apa yang Boleh dan Tidak Boleh Semasa Perkhidmatan
- Prosedur Tambahan
- Kajian Kes
- Integrasi ‘Carer App’ Semasa Perkhidmatan
Latihan Asas Pertolongan Cemas
Objektif: Memastikan penjaga bersiap sedia dengan pengetahuan dan kemahiran asas untuk bertindak secara berkesan sewaktu kecemasan di dalam persekitaran penjagaan kanak-kanak. Latihan ini bertujuan untuk memberi keupayaan kepada penjaga untuk memberi bantuan kecemasan, melakukan CPR, dan menggunakan AED dengan cekap. Ini dapat memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak di bawah jagaan mereka.
Topik yang dibincangkan:
- Sokongan Hidup Asas
- CPR & Manuver Heimlich untuk Orang Dewasa, Kanak-kanak, dan Bayi
- Cara Menggunakan AED
- Pengenalan kepada Pertolongan Kecemasan
- Anggota Badan Tercedera & Cara Balutan yang Betul
- Luka Bakar & Lecuran
Komunikasi Profesional Untuk Penjaga
Objektif: Kursus ini direka untuk memastikan penjaga bersiap sedia dengan kemahiran dan pengetahuan yang secukupnya. Meliputi topik-topik penting seperti komunikasi yang berkesan, dokumentasi, membina kepercayaan, keselamatan kanak-kanak, penyelesaian masalah, penyelesaian konflik, persediaan sewaktu kecemasan, dan menetapkan had dan limitasi, program komprehensif ini memastikan penjaga bersedia untuk memberikan penjagaan terbaik sambil mematuhi SOP Kiddocare yang telah ditetapkan.
Topik yang dibincangkan:
- Pengenalan tentang komunikasi profesional
- Cara berkomunikasi secara profesional – bahasa badan, sikap, nada suara
- Melalui SOP Komunikasi Kiddocare:
- Sebelum Perkhidmatan
- Semasa Perkhidmatan
- Selepas Perkhidmatan
- Lain-Lain
- Penilaian
Pengenalan Kepada Kanak-kanak Berkerpeluan Khas
Objektif: Memastikan Kiddocarers memahami, mengenal pasti, dan menyokong kanak-kanak berkeperluan khas dengan mengetahui jenis-jenisnya, merancang aktiviti yang sesuai, dan melaksanakan strategi komunikasi yang berkesan.
Topik yang dibincangkan:
- Jenis dan ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas
- Penjagaan untuk kanak-kanak berkeperluan khas
- Menyediakan aktiviti yang sesuai
Faedah tambahan
Latihan dan peningkatan kemahiran diberikan.
Perlindungan insurans semasa perjalanan dan sewaktu servis dijalankan.
Pemantauan dan sokongan semasa servis.
Bonus servis dan insentif.
Bagaimana cara mendaftar sebagai pengasuh?
Daftar
Daftar sebagai pengasuh di Kiddocare Carer App dan dapatkan pendapatan memuaskan sambil bekerja dengan fleksibel!
Latihan & tapisan
Tiada pengalaman? Jangan risau, kami akan berikan panduan melalui latihan intensif dan sesi onboarding.
Pendaftaran berjaya
Mula bekerja dalam persekitaran yang selamat, selesa dan seronok sambil menimba pengalaman dalam industri.
Sertai kami sekarang!
Ramai ibu bapa perlukan bantuan anda!