Skip to main content

Jangan Marah-Marah! Ini Cara Menegur Pasangan Tanpa Mengguris Hati Mereka


“Nak marah, tapi kena sabar…”

Fuh, alam rumah tangga ni memang menyeronokkan, tapi cukup mencabar bila anda dan pasangan berdepan dengan pelbagai perkara yang tak terduga. Antara punca penceraian juga berlaku disebabkan pasangan tak dapat menerima dan mengubah peribadi pasangan mereka. Perkara ini sememangnya benda berat dan penting untuk ditangani demi membina rumahtangga yang harmoni. Oleh itu, salah seorang perlu bertindak untuk menegur pasangan mereka untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. 

Tetapi, masalah yang sering dihadapi apabila pasangan sukar untuk terima kritikan atau teguran pasangan mereka. Kajian menunjukkan bahawa dengan memberikan feedback, teguran atau kritikan terhadap pasangan dapat mengembalikan keharmonian rumah tangga serba memperbaiki diri seseorang individu. 

Untuk anda yang berhadapan dengan situasi di mana anda hendak menegur pasangan, tapi risau mereka akan terasa hati, jangan risau! Ikut cara-caranya di bawah!

  1. Pilih waktu dan tempat yang sesuai untuk memberikan “feedback” atau kritikan pada pasangan

Nak tegur pasangan pun, kena pilih waktu dan tempat yang sesuai tau! Salah timing dan tempat, boleh mengundang perang sudahnya. Mana-mana pasangan pastinya akan ada terguris hati, tersilap cakap dan tersalah laku tanpa sedar. Jika anda mahu menegur pasangan, sebaiknya tegurlah mereka pada waktu dan tempat yang sesuai contohnya di tempat yang jauh dari orang ramai dan pada waktu mood pasangan anda tengah baik.

Jangan pula anda tegur mereka di depan orang ramai dan mereka pun waktu tu tengah bad mood. Biarkan anda dan pasangan kedua-duanya dan boleh lah tegur mereka dengan berhemah.

  1. Jangan ungkit kesalahan masa lalu, fokus pada masalah yang sedang dihadapi

Bila anda berhadapan dengan perangai pasangan anda, pada satu tahap anda mungkin rasa fedup dan rasa bagai nak meletup memendam rasa. Oleh itu, jangan pendam, luahkan dengan menegur mereka dengan baik. Namun, nak tegur pun, tak boleh serang mereka dengan seribu kesalahan. Luahkan apa masalah yang mereka lakukan pada masa itu saja. Berikan cadangan bagaimana masalah tersebut perlu diatasi.

Dengan cara ini, perasaan pasangan anda tak lah terguris sangat berbanding jika anda mengungkit kesalahan lama dan tembak mereka pada ketika itu. Pokoknya, fokus untuk selesaikan satu masalah pada satu masa dan jangan ungkit kisah lalu untuk jaga hati pasangan anda.

  1. Kritikan yang konstruktif juga harus diiringi dengan rasa penghargaan

Sebagai manusia, salah satu cara untuk kita perbaiki diri adalah dengan menerima krtitikan atau komen daripada orang lain. Begitu juga dalam memperbaiki hubungan suami isteri atau rumahtangga ini. Kadang-kadang, pasangan kita tak sedar yang mereka membuat kesalahan dan mahukan sokongan daripada kita untuk support apa jua keputusan yang dibuat walaupun jelas yang keputusan mereka itu tak baik. 

Sebagai pasangan, anda berhak menasihati dan memberi komen yang konstruktif atau membina supaya pasangan anda sedar kesilapan mereka. Namun, untuk mereka tak terasa hati, di hujung perbincangan ungkapkanlah perkataan penghargaan pada mereka. Contohnya, “ Terima kasih untuk semua yang awak dah lakukan..” atau “Terima kasih sebab awak sudi dengar apa yang saya nak cakap”. Bila pasangan anda dengar ayat macam ni di hujung perbualan, sejuk sikit hati mereka kan..

  1. Gunakan message untuk menyampaikan feedback

Tak semua orang terima kritikan yang dibuat secara face-to-face. Ada setengah orang, mereka lebih menerima kritikan melalui message di telefon bimbit. Jadi, jika pasangan anda jenis yang begini, anda boleh menegur pasangan anda dengan berhemah di dalam message. Tapi ingat, jangan sampai keluarkan kata-kata yang boleh sakitkan hati mereka. Almaklumlah, bila dah seronok menulis, anda boleh melampaui batas tanpa sedar. 

Oleh itu, sebelum hantar message semak dulu ayat yang digunakan untuk tegur mereka. Sebaiknya, message mereka ketika anda di pejabat atau tidak berjumpa. Jadi, mereka ada masa untuk digest apa yang anda katakan. Jangan lupa untuk katakan yang anda tegur ni sebab sayang. Mana tahu, bila balik rumah, pasangan anda sedar akan silap mereka. Jadi, tiada lagi hati yang terluka! 

Ingat, jangan gaduh-gaduh lagi lepas ni. Make sure yang tak ada hati yang terluka dan hubungan suami isteri pun bertambah harmoni 🙂

Ditulis Oleh:
Siti Khairun Nisa’