Skip to main content

Indahnya Perkahwinan Jika Ada ‘Teamwork’ dengan Pasangan

“Takkan saya seorang je yang nak kena buat semua benda?” Ayat ini seringkali menjadi ungkapan yang sering diungkapkan oleh pasangan yang telah berkahwin, lebih lebih lagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. 

Memasak, mengemas, membayar bil dan segala tugasan berkenaan rumah tangga tidak seharusnya dilaksanakan oleh satu pihak saja. Namun, ramai yang takut untuk menyuarakan hasrat untuk mendapatkan bantuan pada pasangan mereka. Jangan risau, mungkin dengan wujudnya  komunikasi dengan pasangan anda, ‘teamwork’ atau kerjasama dalam menguruskan rumahnya boleh menjadi bertambah mudah. 

  • Buat rancangan awal

Siapa yang akan membayar bil gas, air, sewa, makanan? Terdapat banyak bil dan perbelanjaan yang mungkin anda ingin bahagikan. Memandangkan anda tinggal bersama dan tidak semua pasangan memilih untuk menggandingkan akaun bank mereka, tidak adil jika hanya seorang daripada anda yang membelanjakan keseluruhan gaji untuk menguruskan segala bil atau tuntutan bayaran. Untuk tugasan rumah seperti membersih memasak dan sebagainya, sebaiknya anda membahagikan tugas. Seorang mencuci baju, seorang memasak. Tidaklah satu pihak yang buat semua benda dan akhirnya penat kerana tiada bantuan dan sokongan daripada pasangan. 

Untuk menjadikan kerja rumah ini seronok dilakukan, anda boleh buat pertandingan ‘siapa yang siap dulu’ dengan pasangan anda. Pasti kedua-duanya seronok dan bersemangat melaksanakan kerja rumah di samping mengeratkan hubungan anda dan pasangan.

  • Jangan saling salah-menyalahkan

Anda dan pasangan anda saling memiliki antara satu sama lain. Jika sesuatu tidak menjadi seperti yang dirancang, anda tidak perlu menyalahkan sesiapa. Jika anda terlupa untuk membayar bil, jangan risau, ia berlaku, anda adalah manusia. Mungkin lain kali anda perlu menetapkan peringatan pada telefon anda atau anda boleh memberitahu pasangan anda untuk mengingatkan anda. Salah satu langkah ke arah mewujudkan ‘teamwork’ dalam perkahwinan anda ialah menerima kelemahan anda, kekuatan anda, segala-galanya tentang satu sama lain.

  • Belajar berkomunikasi dengan pasangan

Jika anda tidak bersetuju dengan sesuatu, jika anda ingin memberitahu pasangan anda tentang  perasaan anda, duduk dan bercakap. Saling fahami, dengar dan jangan ganggu. Satu cara untuk mengelakkan pertengkaran adalah dengan bertenang dan mendengar apa yang orang lain katakan. Komunikasi dan kepercayaan adalah kunci kepada hubungan yang berjaya. Jangan simpan perasaan anda sendiri, anda mesti tidak akan mahu meletup pada masa hadapan dan memburukkan keadaan. Jangan takut dengan apa yang pasangan anda fikirkan, mereka ada untuk menerima anda, bukan untuk menilai anda.

  • Sentiasa berikan 100% bersama

Idea di sebalik ‘teamwork’ dalam perkahwinan ini ialah apabila anda berdua bekerja bersama-sama untuk menjayakan perkahwinan ini. Untuk mencapai seratus peratus itu setiap hari, dan jika anda berdua merasakan anda tidak boleh sampai ke tahap itu, anda perlu tetap berada di sisinya untuk menyokong satu sama lain dalam setiap langkah. Tidak kira dalam perjuangan, tidak kira saat kejatuhan, tidak kira apa yang berlaku, sentiasa ada untuk satu sama lain.

  • Saling menyokong antara satu sama lain

Setiap keputusan yang anda buat, setiap matlamat, setiap impian, setiap tindakan, anda perlu sentiasa ada untuk satu sama lain. Salah satu perkara yang akan menjamin keharmonian dalam rumah tangga adalah saling menyokong. Sentiasa ada di belakang mereka dalam apa jua keadaan serta berbanggalah dengan setiap kejayaan masing-masing.’Even a small achievement, is still an achievement.’ Dengan adanya sokongan daripada pasangan sama ada dalam bentuk emosi atau pun fizikal, ia akan dapat mewujudkan satu rasa selamat, dilindungi, dipercayai dan memberikan kebahagian pada diri pasangan. 

Jadi, jelaslah bahawa kebahagiaan rumah tangga ini boleh dikecapi serta membawa perubahan yang positif apabila kedua-dua suami dan isteri saling bekerjasama, berkomunikasi dan memahami tugas masing-masing. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda dan pasangan.