Skip to main content

Ibu Selalu Beri Kasih Sayang Tapi Kurang Pula Self-Love. Jom Kita Bantu!

Memang sudah menjadi kebiasaan bagi setiap ibu untuk menyayangi orang lain. Suami, ahli keluarga, orang terdekat dan kawan-kawan. Banyak betul curahan kasih sayang kepada mereka kan? Apatah lagi anak sendiri, seperti menatang minyak yang penuh. 

Kadangkala, kita sudah terbiasa menyayangi sehinggakan kita terasa penat kerana terlalu kerap memberi kasih sayang kepada orang lain. Tetapi, pernahkah anda terfikir pasal diri sendiri? Adakah ramai yang memberikan kasih sayang kepada anda seperti mana yang ibu sekalian memberikan kasih sayang tersebut kepada orang ramai? Adakah ianya sama banyak? 

Kemungkinan ramai para ibu yang menjawab ‘tidak’ dengan soalan ini. Tetapi tidak mengapa, kami sedia untuk membantu! 

Setiap ibu perlu menerapkan cinta akan diri sendiri atau juga dipanggil self-love. Yeap, memang pada awalnya, agak susah untuk kita melatih diri membuat benda ini. Tetapi makin lama, mesti okay! 

Apa yang perlu setiap ibu buat untuk anda latih self-love? Haa, meh kita nak share sikit ni.

Dah La Tu, Janganlah Compare Meng-Compare

Yang ini penting, sangatlah penting sekali. Kita faham, dengan gelombang arus teknologi semua ni kan, mudah sangat kita nak bandingkan diri kita dengan orang lain. 

Comparing ni akan membunuh self-love. Sebab apa? Sebab memang kerap kali kita akan bandingkan dengan orang yang kita rasa lagi hebat dari kita. Kemungkinan ibu juga akan bandingkan kelemahan dengan kekuatan orang lain. Lepas tu ibu pun stres. Lepas stres, kerja pun tak jalan. Arghh sudah…

Ibu selalu kena fikir yang setiap orang, perjalanannya lain. Ibu sedang menulis cerita sendiri. Tak semestinya apa yang dipaparkan di media sosial tu semua betul. Kemungkinan mereka senyum di dalam video, tetapi tamat sahaja video habis, mereka kembali tegang dengan suasana. Who knows?

Jadi, stop comparing!

Cakap Dengan Diri Sendiri. It Works!

Biarlah orang nak cakap apa-apa pun, tapi kita perlu pentingkan diri kita sendiri. Cakap seorang diri ni sebenarnya sangat berkesan untuk hilangkan stres dan secara tak langsung, kita akan menyayangi diri sendiri. 

Tapi janganlah kita terlalu kerap cakap dengan diri sendiri dengan suara yang kuat terutamanya di khalayak ramai. Takut nanti orang fikir apa pula kan. Kita pun tak nak la orang cakap pasal diri kita kan. 

Cakap dengan diri sendiri seolah-olah ibu bercakap dengan kawan. Kita tahu tiada siapa yang perfect. Fikir apa yang ibu selalu nasihat kalau kawan rapat atau ahli keluarga terbuat silap atau mistake. Selepas itu, cakap kepada diri sendiri sekiranya ibu ada rasa bad days. 

“Sebahagian besar self-love adalah mencari suara di dalam kepala kita. Dan dengan memerhatikan cara kita bercakap dengan diri sendiri, kita boleh menunjukkan rasa belas kasihan kepada diri sendiri apabila interaksi atau kerja tak berjalan seperti yang dirancang,” kata Dr. Jarquin, Ph.D., ahli terapi perkahwinan dan keluarga berlesen.

Dua Jam Sahaja di Media Sosial

Yang ini sangat berkait rapat dengan nombor satu. Kita akan berhenti budaya banding-membandingkan ini sekiranya kita mengurangkan penggunaan media sosial. Media sosial merupakan satu perangkap. Terlalu lama di situ boleh mempengaruhi minda kita berfikir yang bukan-bukan. 

Daripada ibu menggunakan masa scroll media sosial, lebih baik ibu-ibu menghabiskan masa membuat aktiviti yang boleh meningkatkan self-love dan ilmu pengetahuan seperti memasak, membaca buku ilmiah dan menonton TedTalk.

Mengehadkan masa di media sosial boleh mengurangkan perasaan kesunyian, kebimbangan dan kemurungan.

Credit: https://bit.ly/3Kf59SI

Sebab Anda Mengambil Berat Tentang Diri Sendiri

Buat sesuatu perkara itu sebab ibu sayang dekat diri sendiri. Bukan kerana ‘perlu buat’ atau ‘dipaksa’ kerana itulah rutin harian. 

Ambil berat dengan diri sendiri dengan melihat apa yang ibu makan, cara anda bersenam dan apa aktiviti-aktiviti yang anda lakukan di masa lapang. Lakukan sesuatu perkara itu kerana ibu menyayangi diri sendiri. 

Tak terasa nak pergi ke gim? Mungkin boleh pilih alternatif lain seperti berjoging sambil mendengar muzik. Tak terasa nak bersihkan rumah? Boleh beri semangat kepada diri sendiri dengan memikirkan kesan positif sekiranya rumah dapat dibersihkan. Apa yang penting, amalkan tabiat yang sihat, bukan sahaja dari segi mental tetapi juga dari segi emosi.

Credit: https://www.emmemarina.com/2019/04/baik-dan-buruk-surirumah-bekerja.html

Ditulis oleh:
Ian Firdaus