Skip to main content
READ IN ENGLISH

Kerja Mengasuh Berdekatan Anda

Jadi sebahagian daripada komuniti pengasuh kami dan jana pendapatan memuaskan sambil bekerja secara fleksibel!

Apa itu Kiddocarer?

Kiddocarer ialah pengasuh kami dan berikut adalah tugas anda.

Anda bukanlah seorang pembantu rumah dan anda tidak akan membuat kerja rumah, menjaga haiwan peliharaan atau warga tua.
Anda akan pergi ke lokasi pelanggan untuk menjalankan servis mengasuh, samada di rumah pelanggan, event atau mana-mana lokasi yang diberikan oleh pelanggan.
Anda akan menemani dan memastikan kanak-kanak dalam jagaan anda selamat sambil mengikuti SOP yang ditetapkan Kiddocare.
Anda akan melakukan aktiviti dan permainan yang menarik dengan kanak-kanak.
Anda akan mandikan, memberi makan, memakai baju dan memastikan kebersihan kanak-kanak mengikut keperluan.
Anda akan sentiasa berikan maklumat tentang keadaan anak kepada ibu bapa semasa servis dengan pemantauan daripada admin yang bertugas.
Pengasuh Kiddocare Malaysia

Kenapa kerja dengan Kiddocare?

Pendapatan dan
Pembayaran

  • Jana pendapatan RM20/jam dan sehingga RM6,000 sebulan!
  • Pembayaran akan dibuat secara mingguan pada hari Selasa/Rabu/Khamis.

Waktu Bekerja
yang Fleksibel

  • Lebih lama anda bekerja, lebih tinggi pendapatan anda!
    Anda boleh memilih waktu bekerja yang sesuai melalui aplikasi Kiddocare Carer.

Lokasi Bekerja
yang Fleksibel

  • Anda boleh memilih untuk bekerja di Klang Valley
    ataupun di negeri yang berbeza di seluruh semenanjung Malaysia. Sekiranya anda layak, anda mungkin akan
    bekerja di luar negara!

Yuran
Komitmen

  • RM120 (Sekali sahaja)
    *tidak akan dikembalikan
  • Anda akan dapat:
    – Latihan intensif.
    – Insurans Kiddocarer Protect⁺ dan pemeriksaan latar belakang.
    – Akses kepada aplikasi Kiddocare Carer.
    – Akses kepada Moodle Akademi Kiddocare.

Sertai Sekarang & Mula Menjana Pendapatan dalam Tempoh Seminggu!

Suka bekerja dengan kanak-kanak?

Daftarlah sekarang dan mulakan kerja mengasuh anda bersama Kiddocare hari ini!

Latihan untuk menjadi Kiddocarer

Pengasuh Kiddocare Malaysia

Latihan Asas Penjagaan Kanak-kanak

Objektif: Membina asas yang kukuh dalam prinsip penjagaan kanak-kanak asas pada pelbagai peringkat perkembangan kanak-kanak.

Topik yang dibincangkan:

  • Etika & Profesionalisme Kiddocarer
  • Penjagaan Rutin Holistik Kanak-Kanak
  • Teras Pencapaian & Aktiviti Pembangunan Holistik Kanak-Kanak
  • Memahami & Mengurus Tingkah Laku Kanak-Kanak
Pengasuh Terlatih Kiddocare

Latihan Sop Penjagaan Kanak-kanak

Objektif: Memastikan keselamatan, kesejahteraan, dan penjagaan berkualiti kanak-kanak sambil mematuhi garis panduan yang ditetapkan dan mengekalkan profesionalisme.

Topik yang dibincangkan:

  • Proses Pekhidmatan Kiddocare
  • Kepentingan SOP dan Akibat Pelanggaran
  • Panduan SOP: Sebelum, Semasa & Selepas
  • Prosedur Laporan Kecemasan
  • Apa yang Boleh dan Tidak Boleh Semasa Perkhidmatan
  • Prosedur Tambahan
  • Kajian Kes
  • Integrasi ‘Carer App’ Semasa Perkhidmatan
Latihan CPR Pengasuh Kiddocare

Latihan Asas Pertolongan Cemas

Objektif: Memastikan penjaga bersiap sedia dengan pengetahuan dan kemahiran asas untuk bertindak secara berkesan sewaktu kecemasan di dalam persekitaran penjagaan kanak-kanak. Latihan ini bertujuan untuk memberi keupayaan kepada penjaga untuk memberi bantuan kecemasan, melakukan CPR, dan menggunakan AED dengan cekap. Ini dapat memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

Topik yang dibincangkan:

  • Sokongan Hidup Asas
  • CPR & Manuver Heimlich untuk Orang Dewasa, Kanak-kanak, dan Bayi
  • Cara Menggunakan AED
  • Pengenalan kepada Pertolongan Kecemasan
  • Anggota Badan Tercedera & Cara Balutan yang Betul
  • Luka Bakar & Lecuran
Pengasuh Kiddocare Malaysia

Komunikasi Profesional Untuk Penjaga

Objektif: Kursus ini direka untuk memastikan penjaga bersiap sedia dengan kemahiran dan pengetahuan yang secukupnya. Meliputi topik-topik penting seperti komunikasi yang berkesan, dokumentasi, membina kepercayaan, keselamatan kanak-kanak, penyelesaian masalah, penyelesaian konflik, persediaan sewaktu kecemasan, dan menetapkan had dan limitasi, program komprehensif ini memastikan penjaga bersedia untuk memberikan penjagaan terbaik sambil mematuhi SOP Kiddocare yang telah ditetapkan.

Topik yang dibincangkan:

  • Pengenalan tentang komunikasi profesional
  • Cara berkomunikasi secara profesional – bahasa badan, sikap, nada suara
  • Melalui SOP Komunikasi Kiddocare:
  1. Sebelum Perkhidmatan
  2. Semasa Perkhidmatan
  3. Selepas Perkhidmatan
  4. Lain-Lain
  • Penilaian
Latihan Pengasuh Kiddocare

Pengenalan Kepada Kanak-kanak Berkerpeluan Khas

Objektif: Memastikan Kiddocarers memahami, mengenal pasti, dan menyokong kanak-kanak berkeperluan khas dengan mengetahui jenis-jenisnya, merancang aktiviti yang sesuai, dan melaksanakan strategi komunikasi yang berkesan.

Topik yang dibincangkan:

  • Jenis dan ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas
  • Penjagaan untuk kanak-kanak berkeperluan khas
  • Menyediakan aktiviti yang sesuai

Faedah tambahan

Latihan dan peningkatan kemahiran diberikan.

Perlindungan insurans semasa perjalanan dan sewaktu servis dijalankan.

Pemantauan dan sokongan semasa servis.

Bonus servis dan insentif.

Bagaimana cara mendaftar sebagai pengasuh?

Daftar

Daftar sebagai pengasuh di Kiddocare Carer App dan dapatkan pendapatan memuaskan sambil bekerja dengan fleksibel!

Latihan & tapisan

Tiada pengalaman? Jangan risau, kami akan berikan panduan melalui latihan intensif dan sesi onboarding.

Pendaftaran berjaya

Mula bekerja dalam persekitaran yang selamat, selesa dan seronok sambil menimba pengalaman dalam industri.

Sertai kami sekarang!

Ramai ibu bapa perlukan bantuan anda!

Apakah skop pekerjaan sebagai Kiddocarer?

Ketahui Lebih Lanjut

Ketahui lebih lanjut mengenai servis Kiddocare

Ketahui Lebih Lanjut

Apa Kiddocarer kami katakan tentang Kiddocare?

Play Video

Tonton video