Skip to main content

SELFty First: Jadi Versi Terbaik Diri Anda
Sebagai Seorang Ibu Dengan Melakukan 4 Perkara Ini

Bila kita sebut sahaja tentang ‘motherhood’, mesti ada antara pembaca yang rasakan perkataan itu berat, dek kerana satu patah perkataan tersebut merangkumi pelbagai aspek dan perkara yang ibu perlu lakukan. 

Mana tak nya, sebagai seorang ibu, banyak tanggungjawab yang perlu digalas seperti menyediakan bekalan makanan dan minuman untuk anak-anak, menggosok baju mereka, menceriakan hari-hari mereka, memastikan tempat tidur mereka kemas, memandikan mereka dan banyak lagi. 

Dengan baca sahaja, mesti ada antara kalangan ibu-ibu yang mungkin sudah tercungap ataupun rasa sedikit penat dengan hanya membaca ini dan memikirkan perkara-perkara yang perlu dibuat. 

Jadi, kuat macam mana pun kita, ibu perlu masa untuk berehat seketika untuk pastikan diri sentiasa cerdas dan cergas supaya boleh menjaga anak-anak dengan baik. 

Ibu-ibu perlu tahu bahawa self-care itu sangatlah penting. Tiada istilah membuang masa apabila kita mempraktikkan self-care. Ini kerana kita memerlukan tenaga yang secukupnya dan perlu sentiasa ‘be present’ apabila bersama dengan anak-anak. Ada banyak aktiviti self-care yang ibu-ibu boleh lakukan. 

Jom lihat apa aktiviti-aktivitinya!

Ramai Terlupa Untuk Buat Perkara Ini Semasa Makan

‘Apa yang kita terlupa semasa tengah makan?’

Ini mesti apa yang kesemua ibu tengah fikirkan sekarang, betul tak? 

Okay, sebenarnya bukan sahaja para ibu, tetapi memang ramai kini yang sudah terlupa cara untuk merasai penuh nikmat makanan. Pernah tak ibu-ibu menonton rancangan vlog makanan di YouTube? Ataupun paling dekat di hati kita, rancangan Jalan-Jalan Cari Makan? Perasan tak setiap kali hos membuka mulut dan merasai sesuatu makanan, mereka akan menutup mata dan mengunyah secara perlahan-lahan dan betul-betul menikmati segala jenis perisa yang ada. 

Ini dipanggil sebagai ‘mindful eating’ dimana seseorang itu akan menikmati setiap dan segala suapan dan gigitan. Apabila kita berbuat begini, secara subconscious, kita akan memberi perhatian kepada bau, tekstur dan rasa itu sendiri. Makan perlahan-lahan, mengunyah dan menghargai khasiat yang anda berikan kepada badan anda. Walaupun kedengaran sedikit pelik, tetapi ibu akan cultivate hubungan yang lebih mendalam dengan makanan tersebut. Barulah rasa enak, self-care pun terjaga kerana ibu betul-betul menikmati setiap makanan yang ada. Jika difikirkan, bila last anda dapat duduk dan menikmati makanan tanpa gangguan atau kena share dengan anak-anak?

Kita Nombor Shatu!

Okay, apa yang ibu selalu buat sebaik sahaja lepas membuka mata dan menguap?

Pasti ada antara ibu-ibu yang sedang memikirkan jawapan. Apa perkara pertama yang terlintas di fikiran? Membuka handphone untuk lihat segala notifikasi Whatsapp dan Instagram? Terus bersedia untuk mandi? Ataupun terus mendukung anak yang sedang menangis?

Ada tak antara ibu-ibu yang bangun dan menarik nafas panjang terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa? 

Kalau ibu tidak berbuat demikian, it’s time for you to do so! Menarik nafas panjang merupakan perkara yang terbaik untuk memulakan hari ibu supaya dapat membuang toksin daripada badan kita. Selepas itu, ibu boleh memandang cermin yang terdekat dan mengeluarkan kata-kata positif kepada diri sendiri. Ini termasuk kata-kata positif yang ibu percaya ibu ada atau ibu inginkan perkara itu ada di dalam diri ibu. Contoh-contohnya seperti ‘Saya seorang yang ada confidence yang tinggi’, ‘Saya tidak takut untuk belajar benda baharu setiap hari’, ‘Saya tahu saya akan capai impian saya’ atau ‘Saya nombor Shatuuuu!’

Biarpun mungkin ada ibu yang tiada keyakinan diri ataupun masih takut untuk belajar benda baharu, tetapi kata-kata ini merupakan daily affirmations buat ibu dan jangan terkejut kalau 3 bulan depan, keyakinan diri ibu sangat meningkat berbanding hari pertama yang ibu lakukan perkara ini. 

Lebih Baik Buat Begini Daripada Begitu

Kita tahu sangat susah untuk kita tidak melihat Instagram, Facebook, TikTok dan Whatsapp. Ini belum lagi kalau kita cakap tentang Google, Netflix, YouTube dan Spotify, betul tak?

Zaman sekarang ini memang susah untuk kita terlepas daripada alat atau platform digital sebab ianya dimana-mana pada bila-bila masa. 

Sudah tentu kita boleh mencuba untuk mengurangkan masa kita daripada melihat social media tetapi ianya akan mengambil masa untuk membuang habit tersebut.

Jadi, apa kata ibu-ibu semua lakukan suatu perkara ini. Perkara yang boleh twist daripada ketagihan social media kepada keinginan dan ‘ketagihan’ menimba ilmu? Daripada kita scroll social media untuk melihat perkara yang trending ataupun sekadar untuk berhibur, apa kata ibu semua cuba mencari laman page yang boleh memberi para ibu ilmu pengetahuan yang berguna seperti bercakap pasal pembelian emas, insurans, info-info fun facts tentang sesebuah tempat ataupun filem, destinasi menarik seluruh dunia, marketing dan teknologi AI ataupun berkaitan bisnes dan kewangan.

Sekiranya menonton YouTube, ibu boleh cuba mencari account channel bermanfaat seperti TedTalk, Architectural Digest, ML Studios, A Piece of Media dan sebagainya. Kalau Netflix pula, ibu boleh menonton dokumentari atau based on a true story show seperti When They See Us, The Keepers, In the Name of God: A Holy Betrayal atau Break Point. Terdapat pelbagai juga podcast di Spotify yang ibu boleh follow seperti Stuff You Should Know, Office Ladies dan Life Kit.

Learning new things everyday akan kedengaran leceh tetapi sebaik sahaja kita mulakannya, ianya akan berasa seronok dan akan achieve fulfillment yang kita mahukan lebih-lebih lagi dalam bentuk visual.

Beli dan Tulis Kepada…

Adakah ibu penggemar scented candles? Pasti ada yang berkata ya dan ada juga yang berkata tidak, betul?

Sekiranya ibu bukanlah penggemar scented candles, it’s time untuk ibu mencuba. Serius beli barang ini tidak membazir. Sebab apa? Sebab ianya akan buat ibu rasa lebih relaks dan nyaman selain daripada menambahkan mood dengan tingkatkan dopamin di dalam otak. 

Ada pelbagai bau yang boleh dibeli seperti vanilla, lavender, rose, citrus fruits, jasmine, lemon, eucalyptus, peppermint, cherry, bergamot orange dan sebagainya. Setelah memilih bau yang wangi dan tepat, ibu boleh meletakkannya di ruang bilik tidur.

Setelah itu, sambil menyalakan scented candles itu, ibu boleh mengambil masa untuk menulis self-reflection journaling. Ibu boleh menulis ini setiap hari ataupun 2 minggu sekali, mengikut kesesuaian masa. Kami cadangkan untuk ibu menulis pada waktu malam sebelum tidur, setelah menutup segala jenis platform digital dan social media.

Ambil masa ini untuk mengekspresikan thoughts, emotions dan aspirations ibu. Renungkan pengalaman ibu dan tulis apa yang ibu rasa. Ini bagaikan sebuah diari tetapi lebih mendalam dan terperinci. Dengan scented candles, fikiran ibu akan lebih terbuka dan tenang. Secara tidak langsung, ibu akan mudah menulis segala train of thoughts yang sedang berjalan di dalam fikiran. 

Ini akan tingkatkan self-awareness, menggalakkan personal growth dan membolehkan ibu memahami diri sendiri dengan lebih baik.

Ditulis oleh:
Ian Firdaus

 

 

Reference:

https://aluminatelife.com/top-psychological-benefits-of-scented-candles/#:~:text=Scented%20candles%20can%20make%20you,signals%20to%20the%20brain’s%20limbic

https://www.psychologytoday.com/us/blog/the-clarity/202103/why-should-you-talk-yourself#:~:text=Why%20does%20it%20work%3F,with%20yourself%20for%20maximum%20benefits

https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/mindful-eating/#:~:text=Eating%20mindfully%20means%20that%20you,improve%20the%20overall%20eating%20experience.