Jika anda seorang yang penyabar dan memiliki minat untuk menjaga individu lain serta mampu membuat mereka rasa selamat dan gembira, anda adalah orang yang kami cari!
Anda akan ke lokasi pilihan klien yang mana anda diperlukan untuk menemani dan memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan yang selamat. Anda juga perlu melakukan aktiviti yang menarik, memandikan, memberi makan dan memastikan kebersihan kanak-kanak seperti yang mereka perlukan.
Sekiranya anda handal dalam menjaga kanak-kanak dan ingin memainkan peranan penting dalam membangun dan membentuk mereka untuk masa depan, maka pekerjaan ini adalah yang tepat untuk anda!
Anda akan memberi penjagaan dan pendidikan kepada kanak-kanak yang biasanya berumur antara 0 hingga 3 tahun. Peranan anda melibatkan mencipta persekitaran yang selamat dan menyeronokkan untuk meningkatkan perkembangan fizikal, sosial, emosi, dan kognitif setiap kanak-kanak. Anda juga akan merancang dan melaksanakan aktiviti yang sesuai dengan umur, terlibat dalam pembelajaran berdasarkan permainan, serta memupuk kemahiran awal yang penting. Komunikasi yang berkesan dengan ibu bapa atau penjaga dan kerjasama dengan rakan sekerja akan menjadi penting untuk menyokong keperluan individu setiap kanak-kanak dan perkembangan keseluruhannya.
Sekiranya anda gemar dalam meneroka minat, impian, dan cita-cita serta mengajar kanak-kanak di dalam kelas, maka pekerjaan ini adalah yang tepat untuk anda!
Tanggungjawab anda adalah untuk memberi didikan dan penjagaan kepada kanak-kanak prasekolah yang berumur antara 3 hingga 6 tahun. Anda akan mencipta persekitaran pembelajaran yang positif dan menyokong untuk memupuk perkembangan sosial, emosi, intelektual, dan fizikal. Tugas termasuk merancang dan melaksanakan pelan pembelajaran sesuai dengan umur, mengatur aktiviti yang menarik dan berfaedah, serta mengajar konsep akademik asas. Kerjasama dengan ibu bapa atau penjaga dan rakan sekerja adalah penting untuk memantau dan menyokong perkembangan setiap kanak-kanak.