Musim Panas Boleh Cecah 40 Darjah Celsius?!
Ini Barang-Barang Penting Untuk Dibawa Bersama Apabila Balik Ke Kampung!
Dah nak Raya ni mesti mak ayah dan sekeluarga nak enjoy keluar dari rumah kan? Ye la, mood dan vibe Raya yang sangat meriah tahun ni boleh buatkan mak ayah nak pergi ke rumah saudara mara, mertua dan kawan-kawan. Bukan itu saja, saya pasti mesti ramai yang sudah rancang hendak melancong di dalam mahupun di luar negara.
Walau bagaimanapun, kita tahu sekarang ini adalah musim panas di Malaysia. Tak percaya? Keluar sahaja dari rumah dan mak ayah akan terasa bahangnya. Walaupun kita keluar sementara hanya untuk ke kedai runcit di belakang perumahan, terasa satu badan melekit dan berpeluh apabila sampai balik ke rumah.
Berita Harian dan RTM telah menulis artikel bahawa negara kita akan mengalami cuaca panas sehingga Ogos 2023. Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim berkata cuaca panas ini akan membabitkan semua negeri.
Sekiranya mak ayah sudah rasa lemas dengan panahan matahari, apatah lagi anak-anak mak ayah yang akan terasa bahangnya lebih panas daripada kita. Jadi, kita telah senaraikan barang-barang yang mak ayah perlu prepare untuk dibawa sambil-sambil mak ayah dan sekeluarga melancong pada musim Hari Raya Aidilfitri ini.
Botol Air
Image: https://bit.ly/43NONYl
Meskipun ramai yang tahu ini adalah barang yang paling penting, tetapi masih ramai yang lupa untuk pack botol air sewaktu ingin melancong ataupun balik ke kampung.
Membawa botol air bersama dapat kekalkan penghidratan dan memastikan anak-anak tidak rasa dahaga apabila tersekat di dalam traffic jam. Kami cadangkan setiap orang disediakan botol air 500 ml. Sekiranya satu keluarga berkongsi sebuah botol air, lebih baik membawa botol besar sekurang-kurangnya 1.5 atau 2.0 liter. Tapi jangankan bawa botol air kosong, pastikan air diisi penuh terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan.
Baju Sukan/Nipis/Putih
Image: https://bit.ly/40pUdpM
Melancong tidak memerlukan kita untuk bergaya mewah bersama dengan rantai dan gelang emas. Of course boleh untuk dipakai tetapi tidak digalakkan lebih-lebih lagi kalau perjalanan sangat jauh dan sekiranya tempat yang ingin dituju lebih kepada tempat-tempat outdoor.
Mak, ayah dan anak-anak boleh mengenakan pakaian baju sukan ataupun baju nipis. Ada pelbagai jenis fesyen baju sukan untuk setiap kategori sukan. Kami cadangkan untuk sekeluarga mengenakan baju yang digunakan untuk berlari. Sekiranya membeli-belah, mak ayah boleh beli baju sukan berlari yang satu saiz extra daripada saiz biasa. Ini supaya mak ayah tidak terasa rimas ataupun melekit sewaktu berpeluh. Baju nipis juga sesuai untuk musim panas. Baju nipis yang senang dicari adalah di H&M dan Uniqlo. Uniqlo mempunyai jenama mereka yang tesendiri iaitu AIRism yang boleh memastikan peredaran udara berjalan dengan baik.
Seelok-eloknya, satu keluarga mengenakan pakaian yang cerah ataupun putih supaya baju tidak menyerap haba seperti baju-baju berwarna gelap ataupun hitam.
Handheld Mini Fan
Image: https://bit.ly/3oro3Nc
Mak ayah dah ada belum kipas tangan elektrik ni? Alamak, belum?
Kalau belum, inilah masanya untuk mak ayah order. Ala, pergi sahaja dekat mana-mana shopping online platform, mesti ada! Kipas tangan elektrik ini lebih sejuk dan nyaman berbanding kipas tangan biasa.
Kadangkala kita ingin berjimat penghawa dingin di dalam kereta ataupun perlu berjalan 300 meter ingin ke rumah jiran di kampung, inilah masanya kipas tangan elektrik berguna! Bukan tu je, tetapi sebab musim panas yang boleh mencecah 40 darjah Celsius ini sangat bahang, kipas tangan elektrik ini juga berfaedah untuk digunakan walaupun telah dipasang penghawa dingin di dalam kereta.
Jangan lupa caj sebelum melancong. Tiada guna juga bawa alat ini sekiranya tidak boleh digunakan.
Sunblock
Image: https://bit.ly/43QVzgi
Tiada kira berkulit cerah ataupun sawo matang, sunblock merupakan aset yang sangat penting ketika bercuti, melancong dan balik ke kampung.
Ye, kita rasa agak leceh untuk memakai sunblock tetapi banyak kebaikannya yang kita boleh dapat dengan memakai produk ini. Bukan sahaja ianya dapat melindungi warna tona kulit mak, ayah dan anak-anak menjadi berseri-seri, tetapi ianya juga dapat elakkan daripada terkena kanser kulit. Ia juga boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan jadi, kalau mak ayah nak nampak seperti Halle Berry ataupun Paul Rudd, tampak muda biarpun sudah lebih 50 tahun, pakailah sunblock sekiranya berada di tempat-tempat yang tiada bumbung atap.
Sandal/Selipar
Image: https://bit.ly/3AeomgV
Kami percaya ramai yang memilih untuk memakai kasut sewaktu melancong berjam–jam kerana ingin nampak tampan dan bergaya. Tetapi, kami sarankan untuk mak ayah bawa sandal atau selipar tambahan untuk dipakai sewaktu di dalam kereta dan di luar.
Sekurang-kurangnya kaki mak ayah dan sekeluarga tidak akan berasa cramp dan kaki mak ayah akan lebih dapat pengudaraan yang baik dan berasa sejuk dan nyaman.
Jangan lupa semua barang-barang ni tau! Kadang-kadang memang rasa simple dan ingat untuk dibawa tetapi pada hari kejadian, terus terlupa. Jadi, pastikan untuk buat checklist siap-siap!
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023!
Ditulis oleh:
Ian Firdaus
Rujukan:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/04/1090261/panas-hingga-ogos