Skip to main content
ENG / BM
Sambilan / Sepenuh Masa
MUAT TURUN SEKARANG

Jana pendapatan anda

  • Tentukan masa untuk anda mula dan tamat bekerja.
  • Jana pendapatan serta – merta apabila anda lebih banyak mengasuh.
  • Pembayaran dibuat setiap minggu pada hari Selasa, Rabu, atau Khamis.

Latihan disediakan

  • Tingkatkan kemahiran anda dengan program latihan komprehensif kami. Kami menawarkan kursus dan latihan yang berterusan untuk memastikan anda bersedia untuk memberikan khidmat penjagaan yang terbaik.

Kiddocarer Protect⁺ Insurance + Pemeriksaan Latar Belakang

  • Keselamatan dan ketenangan minda anda adalah keutamaan kami. Kami menyediakan perlindungan insurans dan menjalankan pemeriksaan latar belakang yang teliti untuk memastikan persekitaran kerja yang selamat.

Sokongan Bantuan

  • Nikmati sokongan 24/7 daripada pasukan kami yang berdedikasi dan sedia membantu jika anda memerlukan bantuan berkenaan aplikasi, semasa servis atau mempunyai persoalan atau cabaran dalam bekerja.

Perlindungan Klausa

  • Kontrak kami termasuk dengan perlindungan klausa untuk melindungi hak dan kepentingan anda. Kami memastikan terma dan syarat yang telus, supaya anda sentiasa tahu apa yang disediakan.
Rakyat Malaysia berumur antara 18 hingga 60 tahun.
Pemohon wanita dan lelaki.
Kelayakan minima: SPM.
Mesti memiliki telefon pintar.
Bermastautin di Malaysia.
Individu yang boleh dipercayai, bertanggungjawab, bersemangat dan berdedikasi untuk menyediakan penjagaan yang berkualiti tinggi.

Penjagaan Rutin Kanak-kanak

Kuasai kemahiran penting untuk rutin penjagaan harian kanak – kanak, demi memastikan persekitaran yang selamat dan dipelihara.

Pencapaian & Aktiviti Perkembangan Holistik Kanak-kanak

Memahami tahap pencapaian perkembangan dan mencipta aktiviti yang menarik untuk menyokong pembesaran kanak-kanak yang menyeluruh.

Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Dapatkan sensitiviti dan pengetahuan untuk menyokong kanak-kanak berkeperluan khas, mewujudkan ruang penjagaan kanak-kanak yang inklusif.

Persediaan Keselamatan dan Tindakan Kecemasan

Membangunkan pemahaman yang jelas tentang protokol keselamatan, memastikan persekitaran yang selamat untuk kanak-kanak.

Undang-undang & Peraturan dalam Penjagaan Kanak-Kanak

Mematuhi undang-undang dan peraturan penjagaan kanak-kanak, mengekalkan amalan yang beretika dan mengendali berasaskan undang-undang.

Komunikasi Profesional

Meningkatkan kemahiran komunikasi untuk membina hubungan positif dengan kanak-kanak dan ibu bapa.

Aliran Perkhidmatan dan Prosedur Operasi Standard (SOP)

Melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) untuk perkhidmatan penjagaan kanak-kanak dengan cekap dan berkualiti.

MOHON SEBAGAI KIDDOCARER
MOHON SEBAGAI KIDDOCARER
WHATSAPP
HUBUNGI KAMI

Apa itu Kiddocarer?

Kiddocarers ialah pengasuh bebas (3rd-party) yang menawarkan perkhidmatan mereka di platform atas talian Kiddocare. Kiddocare sebagai platform pekerjaan ekonomi gig yang akan menghubungkan Kiddocarer yang terlatih dan berkelayakan dengan pengguna perkhidmatan Kiddocare (pelanggan).

Semua pelatih Kiddocare perlu melengkapkan kursus, latihan dan penilaian untuk memastikan bahawa pengasuh mengikut standard kualiti Kiddocare dan jangkaan pelanggan.

Apakah syarat untuk menjadi Kiddocarer?

Untuk menjadi Kiddocarer, anda perlu memenuhi keperluan asas/kriteria kami, iaitu:-
1. Anda mestilah rakyat Malaysia, lelaki atau perempuan.
2. Mesti berumur sekurang-kurangnya 18 tahun
3. Menghadiri semua kursus mandatori
4. Lengkapkan semua penilaian yang diperlukan

Apakah waktu bekerja seorang Kiddocarer?

Kiddocarer boleh bekerja secara sambilan atau sepenuh masa bergantung kepada fleksibiliti masa tersendiri. Memandangkan kami adalah platform pekerjaan gig, kami amat menggalakkan Kiddocarer untuk kekal aktif di platform untuk meningkatkan peluang mereka memperoleh pendapatan yang lumayan daripada perkhidmatan penjagaan kanak-kanak.

Di manakah Kiddocarer melaporkan diri untuk bekerja?

Kiddocarer adalah platform penjagaan keluarga atas talian. Kami menghubungkan pelanggan kepada Kiddocarer yang terlatih untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak ke lokasi pilihan pelanggan. Setelah tempahan pelanggan dibuat, Kiddocarer boleh memohon pekerjaan/servis yang sesuai dengan mereka, pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Adakah terdapat yuran pendaftaran ?

Anda boleh mendaftar secara PERCUMA. Jika dipilih, anda perlu membayar untuk menghadiri kursus dan melengkapkan penyertaan sebagai Kiddocarer.

Kos kemasukan sebagai Kiddocarer ialah RM120 yuran. *sekali sahaja

Termasuk dalam Yuran:

  • 1 sesi Kursus Penjagaan Asas Kanak-Kanak dan Penjagaan Asas Kanak-Kanak Berkeperluan Khas.
  • 1 sesi SOP, Undang-undang & Peraturan, Komunikasi Profesional dan Kursus Aplikasi Penjaga Kanak-Kanak
  • Perlindungan insurans kerja daripada Kiddocare
  • Semakan latar belakang

Adakah terdapat apa-apa keperluan selanjutnya selain daripada Onboarding?

Sebagai Kiddocarer, anda juga dikehendaki mendapatkan Pensijilan CPR Asas dan Pertolongan Cemas dalam tempoh 3 bulan selepas berada di dalam tempoh onboard. Kiddocare memberikan harga istimewa hanya untuk Kiddocarers melalui Rakan Kongsi & Jurulatih Sah kami untuk memperoleh latihan dan pensijilan ini. Pasukan Kiddocarer Support anda akan menghubungi anda apabila kelas tersedia.

Apakah yang diharapkan oleh pelanggan daripada seorang Kiddocarer?

Ekspektasi pelanggan Kiddocare agak tinggi. Kiddocarer mesti melaksanakan setiap perkhidmatan dengan kualiti yang terbaik berdasarkan skop kerja seorang Kiddocarer. Berikut ialah tugas utama untuk anda memenuhi ekspetasi pelanggan:

  • Menepati masa, aktif dan responsif terhadap permintaan mereka
  • Melakukan penjagaan rutin mengikut arahan dan piawaian penjagaan
  • Melibatkan diri, berinteraksi dan berkomunikasi dengan kanak-kanak melalui aktiviti
  • Bersungguh – sungguh mengikut SOP Kiddocare untuk mengekalkan perkhidmatan yang berkualiti

Berapa banyak pendapatan yang boleh dijana melalui Kiddocare?

Anda boleh memperoleh sehingga RM25 sejam bergantung pada jenis perkhidmatan yang anda laksanakan.

Adakah saya akan menjaga kanak-kanak di rumah sendiri?

Tidak, Kiddocarers tidak menjaga kanak-kanak di rumah mereka sendiri, tetapi mesti merancang perjalanan ke lokasi yang ditetapkan oleh pelanggan. Ia boleh berada di rumah pelanggan, pejabat, klinik, tempat acara, pusat membeli-belah, taman tema, pada dasarnya di mana-mana sahaja! Sesetengah pelanggan mungkin mahu anda bertemu mereka di rumah mereka, kemudian akan membawa anda ke tempat lain. Kami akan memberi khidmat sokongan selagi anda memaklumkan kami tentang lokasi anda & mengikut SOP yang ditetapkan.

Baca Lebih Lanjut

Imbas kod QR untuk memuat turun aplikasi

Klik pada butang untuk memuat turun aplikasi