Jom Kita Raya ALL OUT Tahun Ini!
Ini Cara-Cara Mak Ayah Boleh Sambut Hari Raya Dengan Meriah!
TAK SABARRRR!!!
Pejam celik, pejam celik, seminggu je lagi kita nak Raya! Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru 50 hari kita sambut tahun baru tapi dah lebih dari 100 hari dah. Nak habis puasa dah pun. Pantas sungguh, ye.
Raya tahun ni akan jadi antara Raya yang paling bermakna sekali. Haaaa, mesti ada yang tertanya tanya kan kenapa pula? Bukan setiap tahun penuh makna ke?
Ye, Raya mempunyai maknanya yang tersendiri setiap tahun tapi kita percaya tahun ini, Raya akan lebih gah daripada tahun-tahun yang sebelumnya.
Sebab apa??? Sebab ini masanya yang setiap keluarga akan betul-betul ALL OUT menyambut Hari Raya setelah sekian lama kita tak sambut Syawal dengan meriah.
Tahun 2020, kita dilanda dengan Covid-19. Begitu juga tahun 2021 dimana kita berada di fasa lockdown. Kita diarahkan untuk duduk di rumah. Tahun 2022 pula kita dibenarkan keluar tetapi kes yang dicatat sangat banyak sehingga kita merasa takut untuk keluar dari rumah walaupun dibenarkan untuk berbuat begitu, ini belum masuk lagi kejadian huru-hara disebabkan Hari Raya yang sehari awal daripada tarikh yang dijangkakan. Ingat? Hahaha.
Jadi, kita pasti yang tahun 2023 ni ramai keluarga semua yang dah tak sabar-sabar nak ALL OUT betul tak? Ingin lepaskan geram kerana ini Raya pertama sejak 2020 yang kita boleh merasakan kemeriahan suasana Aidilfitri seperti era sebelum Covid. Tetapi, diingatkan bahawa keselamatan tetap perkara yang penting jadi kami nasihatkan pakailah pelitup muka dan jaga SOP di kawasan awam dan rumah-rumah terbuka.
Cakap berkenaan dengan Raya ni, mak ayah semua sudah ready ke nak sambut hari Raya? Mesti banyak persiapan yang mak ayah nak buat kan tahun ini? Nak bagi semuanya perfect! Jadi, kita sudah siapkan beberapa tips, panduan atau/dan cara-cara yang mak ayah boleh menyambut Hari Raya tahun ini dengan penuh bermakna.
Baju Raya Apa Tahun Ni?
Gambar: https://bit.ly/3KVnnII
Kita pasti ada yang belum lagi beli baju Raya, betul? Kalau mak ayah dah beli, bagus! Mak ayah betul-betul excited nak menyambut Hari Raya tahun ini. Kalau belum, tidak mengapa. Kita ada beberapa tips nak beri kepada mak ayah semua.
Kalau mak ayah ingin mencari baju Raya yang berkualiti tetapi harganya berpatutan, mak ayah boleh try beli baju dari Bulan Bintang ataupun Elrah Exclusive. Dua jenama ni trending dekat seluruh Malaysia. Kalau mak ayah nak yang lebih branded dan lain dari yang lain, boleh cuba baju Raya 2023 collection dari Behati atau Rizman Ruzaini. Gah gituuuu.
Sekiranya mak ayah tak sempat lagi nak beli baju Raya, boleh pergi ke kawasan PKNS Shah Alam, Jalan Tar ataupun di MITEC KL. Disini, pelbagai koleksi baju Raya ada dan kadangkala akan ada last minute shopping diskaun dan promosi secara besar-besaran.
Kalau warna baju Raya pula, kami mencadangkan memilih warna hijau disebabkan oleh tema tradisional Raya yang berwarna hijau. Pemilihan warna ini boleh menyemarakkan lagi suasana kerana ianya akan mengingati kita dengan kenangan-kenangan memori Raya sebelum Covid-19.
Kalau ingin lebih gah, mak ayah boleh memilih satu warna yang sama tetapi mempunyai ton yang berbeza. Contohnya, satu keluarga mempunyai empat ahli; setiap seorang akan memakai setiap ton yang berlainan; aqua green, mint green, standard green dan turqoise. Disini, boleh menampakkan kelainan yang ditonjol berbanding keluarga-keluarga yang lain.
Jom Kemaskan Rumah!
Gambar: https://bit.ly/3GElxtp
Tahun ni, mak ayah buat rumah terbuka tak untuk saudara mara atau kawan-kawan datang ke rumah? Kita pasti ada yang cakap ‘ada’ dan ada juga yang cakap ‘tidak’.
Akan tetapi, kemaskan rumah dah jadi sebahagian daripada rutin yang perlu dilakukan sebelum Hari Raya tiba. Tidak kiralah ada rumah terbuka ataupun tidak, kalau boleh bersihkan rumah itu perlu ada di dalam to-do-list.
Kita tahu yang kemaskan rumah ini suatu benda yang agak melecehkan. Untuk bagi aktiviti ini menarik, mak ayah boleh mengagihkan tugas kepada seluruh ahli keluarga. Setiap keluarga akan dapat tugas-tugas mereka mengikut kesesuaian peringkat umur.
Bukan itu sahaja, mak ayah juga boleh pasang lagu-lagu Raya sambil kemaskan rumah. Lagu-lagu seperti Raya Raya Raya (Dolla), Lip Lap Raya (TokTi), Balik Kampung (Sudirman), Suasana Hari Raya (Sharifah Aini) dan Gema Syawal (XPOSE) boleh buatkan satu rumah gembira bersihkan halaman dan kawasan di dalam rumah. Percayalah, anak-anak mak ayah akan buat kerja rumah sambil menari dan menyanyi. Hilang stres mak ayah!
Berapa Ringgit Nak Peruntukkan Untuk Duit Raya?
Gambar: https://bit.ly/3KUZt05
Ini adalah perkara paling wajib untuk dilakukan sebelum Hari Raya menjelma. Sebelum itu, mak ayah mesti stres memikirkan berapa ratus/ribu ringgit yang ingin dihabiskan untuk duit Raya, betul tak?
Jangan stres. Ikut kemampuan dan kehendak mak ayah ingin peruntukkan berapa. Nasihat kita ialah untuk memperuntukkan dalam 10% hingga 20% gaji mak ayah ke pembahagian duit Raya tersebut. Tetapi terpulang untuk mak ayah bagi seberapa banyak yang mampu.
Duit Raya ini juga bukan sahaja patut diberikan kepada kanak-kanak tetapi juga kepada warga tua yang sudah tidak bekerja. Agihkan tiga set sampul, setiap set mempunyai nilai wang yang sama; a) kanak-kanak, b) warga tua dan c) orang terdekat.
Sekiranya mak ayah penat ingin masukkan duit satu per satu ke dalam sampul, boleh minta tolong anak-anak mak ayah untuk berbuat demikian sambil menonton televisyen. Tetapi diingati perlu ada pengawasan daripada orang dewasa. Kadangkala kanak-kanak boleh jadi nakal, tahu-tahu, RM 10 tak cukup hahaha.
Tak Sah Raya Tanpa Ketupat dan Biskut Raya, Kan???
Gambar: https://bit.ly/3o74SrS
Gambar: https://bit.ly/3KSBTjt
Tak bermakna Hari Raya kalau tiada makanan tradisional Raya, betul tak? Kalau Tahun Baru Cina, kita ada Yee Sang dan mooncake. Kalau Deepavali, kita ada murukku dan laddu. Kalau Hari Raya? Mesti banyak makanan yang kita nak menjamu selera.
Ketupat, lemang, rendang kerang, rendang ayam, rendang daging, rempeyek, suji, kuih semperit, tart nanas, almond london, kuih bangkit, ehhhhh banyak lagi la! Terliur je kita teringat semua makanan ini.
Seminggu sebelum Raya, mak ayah boleh mula buat kuih Raya. Kadangkala kuih yang kita buat lagi sedap berbanding kuih-kuih di pasaran. Mak ayah di rumah boleh menyuruh anak-anak di dapur bantu dalam membuat kuih dan biskut Raya.
Bukan itu sahaja, beberapa hari sebelum Raya, mak ayah boleh rebus ketupat, masak kuah lodeh dan sebagainya. Si suami boleh menolong para isteri di dapur juga, kesian mereka kena buat semua sorang-sorang. Air tangan mak ayah, sekiranya digabungkan, akan menjadi lagi enak dan sedap!
The Night Before Raya…
Gambar: https://bit.ly/3UEH1Mn
Jeng! Jeng! Jeng! Bunyinya macam suatu kisah misteri, kan? Hahaha…
The night before Raya is when true havoc happens. Tetapi havoc ini yang paling dinanti-nantikan oleh semua terutamanya untuk sesiapa yang berada di halaman kampung. Mana tak-nya, kanak-kanak berlari ke sana ke sini, para isteri semua duduk di dapur, suami-suami pula rancak bersembang di ruang tamu, luar masjid dan kedai Pak Mail manakala anak bujang leka dengan mercun dan anak perempuan pula sibuk menghiasi rumah.
Kita dengar pun best, betul tak? Rindu suasana sebegini.
Malam itu juga akan kedengaran takbir Raya. Sekiranya mak ayah, terutamanya para lelaki berkesempatan untuk pergi ke masjid, lebih baik untuk pergi. Isteri pula boleh fokus dalam membuat aktivit memasak dan menghiasi rumah.
Apa yang penting ialah malam sebelum Raya ini perlu dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Ambil beberapa minit untuk be in the moment; tarik nafas, pandang sekeliling kerana ianya akan mencipta memori yang indah bersama keluarga. Gajet-gajet juga boleh simpan. Kalau boleh, NO Internet!
Ditulis oleh:
Ian Firdaus