Skip to main content

Anak-anak bosan di rumah? Jom teroka ke 5 Indoor Playground ini!

Seharian di rumah pasti membosankan untuk anda, lebih-lebih lagi anak kecil. Bila bosan, mereka mesti mula bermain dengan gajet atau menonton televisyen sehingga berjam-jam. Untuk mengelakkan anak-anak anda sentiasa terdedah pada skrin, anda boleh lakukan pelbagai aktiviti bersama-sama mereka di luar rumah. Kalau sebelum ini destinasi hujung minggu anda pergi ke pantai atau sekadar berjalan di pusat beli belah, apa kata kali ini tukar angin pula dengan membawa anak-anak pergi ke indoor playground. Mesti mereka suka dan tak sabar mahu teroka ‘dunia’ baharu. Semua taman permainan ini tertutup dan terletak di dalam bangunan. 

Jadi, anda tak perlu risau dengan cuaca yang tidak menentu. Pastikan anda mengikut panduan SOP yang telah ditetapkan sebelum masuk ke dalam. Apa yang menarik, bukan anak anda sahaja yang yang akan seronok, anda juga boleh enjoy di sana sambil mengawasi anak-anak anda bermain. So, have fun dengan anak-anak!

  • The Parenthood

Tak perlu susah-susah ke London, Malaysia pun ada London! Bertemakan jalan di sekitar kota London, The Parenthood merupakan salah sebuah taman permainan indoor terbesar di Malaysia. The Parenthood ini terletak di beberapa buah pusat beli belah sekitar Lembah Klang dan berdekatan Kuala Lumpur. Dengan matlamat untuk mencipta persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, taman permainan ini turut dilengkapi dengan pelbagai kelas untuk kanak-kanak seperti Kids Kick Boxing, Kids Dance Class, Kids Gym, Art & Craft, program cuti sekolah dan macam-macam lagi.

Selain itu, mereka juga menawarkan kelas berstruktur, daripada akademik hingga ke sukan dan hobi peribadi, semuanya dijalankan dalam persekitaran yang selamat dan positif supaya anak-anak anda boleh bermain dan belajar sambil membina keyakinan diri mereka.

Lokasi:

  • Sunway Pyramid West
  • Mytown Shopping Centre
  • Sunway Putra Mall

Harga: Bermula dari RM 29.50

Waktu Operasi: 10 pagi- 10 malam (Setiap hari)

  • Starship Galactica

Jika anda membesar berhampiran Bandar Utama, ada kemungkinan anda pernah bermain di Starship Galactica. Taman permainan indoor setinggi tiga tingkat di Pusat Beli-belah 1 Utama telah bertahan sehingga sekarang. Kini giliran anak anda pula! Playland ini direka untuk memberi anda rasa seperti berada di angkasa lepas di mana angkasawan kecil anda boleh menerokai “galaksi”.

Lokasi: Tingkat 2, 1 Utama Shopping Centre

Harga: Bermula dari RM 32

Waktu Operasi:

  • 10 pagi-10 malam ( Ahad- Khamis)
  • 10 pagi- 10.30 malam (Jumaat-Sabtu)

  • Pinkfong Baby Shark Adventure Ville

“Baby Shark dudu dudu dudu~” Siapa je yang tak familiar dengan lagu ni? Bukan kanak-kanak saja, bahkan dewasa pun turut mengenali lagu ini. Buat ibu bapa yang mempunyai anak kecil yang sangat meminati animasi Baby Shark ini, Pinkfong Baby Shark Adventure Ville adalah tempat yang paling sesuai buat mereka. 

Terletak di sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur, taman permainan seluas 9000 kaki persegi dibahagi kepada 4 tingkat dan dilengkapi penuh dengan alat-alat permainan dan aktiviti-aktiviti kanak-kanak untuk bersantai. Di samping menyediakan permainan yang menyeronokkan, tempat ini turut sesuai untuk anak anda berlatih dan meningkatkan skil untuk bersosial, kognitif, emosi dan fizikal.

Lokasi:

  • United Point Segambut
  • Paradigm Mall, Kelana Jaya
  • Setia City Mall,Shah Alam

Harga:

  • RM 38.40 (Isnin-Jumaat)
  • RM 46.40 (Sabtu & Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah)

Waktu Operasi: 10 pagi- 10 malam (setiap hari)

  • Jungle Gym

Bawa anak anda bergembira sambil teroka taman permainan indoor yang bertemakan hutan safari ni. Di samping anda menemani mereka, anda juga boleh me-time dengan minum kopi sambil memantau mereka. Selain menyediakan permainan yang menyeronokkan, tempat ini juga sesuai jika anda merancang birthday party atau apa-apa occasion untuk keluarga dan kawan-kawan anda.

Lokasi:

  • Tingkat 4, Bangsar Shopping Centre (BSC).
  • Tingkat 2, Atria Shopping Centre.
  • Tingkat 4, SkyAvenue Genting.

Harga: Bermula dari RM 25

Waktu Operasi:

  • (BSC & Atria) Setiap hari: 10 pagi- 7 petang
  • (SkyAvenue Genting) Isnin-Jumaat: 10.30 pagi- 9.30 malam, Sabtu-Ahad: 10.30 pagi-10.30 malam

  • We Rock The Spectrum

Kalau anda selalu bersenam di gim, kali ini anak-anak anda juga boleh turut sama-sama boleh terokai gim versi mereka! Tempat ini direka khas untuk kanak-kanak dari semua kebolehan dan peringkat umur serta lengkap dengan pelbagai peralatan deria yang unik. Mereka bukan sahaja gembira dengan aktiviti yang disediakan, malah ia dapat mengembangkan kekuatan, meningkatkan kemahiran motor, proses deria dan kemahiran sosial-emosi anak anda dalam persekitaran yang selamat.

Lokasi:

  • Melawati Mall
  • Jalan Limau Manis, Bangsar
  • Evolve Concept Mall, Ara Damansara

Harga: Bermula dari RM 41

Waktu Operasi: 10 pagi-9 malam (Isnin-Sabtu)

Jadi, jom sama-sama luangkan masa dengan anak anda dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan di samping memberi faedah untuk mereka!