Skip to main content

Suami Patut Buat Kerja Rumah Tak?
Tanggungjawab Siapa Sebenarnya Ni?

Ahhh sudahhh! Kebanyakan para suami yang nampak topik blog ni mesti akan scroll cepat dan pantas kalah larian harimau yang kelaparan mencari mangsanya. 

Yang para isteri pula akan henti scroll laman media sosial sebab nampak blog ni. Terpaku. Kemungkinan tersenyum atau tergeleng kepala menghadam topik blog ini. Kan? 

Sekiranya mummy terasa mummy lebih banyak buat kerja-kerja rumah berbanding dengan sang tercinta, kemungkinan ada betulnya disitu. Kajian 2020 oleh Pusat Penyelidikan Pew mendapati bahawa 55% lelaki dalam hubungan perkahwinan gembira dengan pembahagian kerja rumah, tetapi hanya 38% wanita merasakan perkara yang sama.

Menurut Biro Statistik Buruh, ternyata para isteri itu betul. Berbanding dengan suami mereka, wanita bekerja lebih satu jam setiap hari untuk kerja rumah, membesarkan anak dan menguruskan keluarga. Statistik yang tersedia ada memberitahu bahawa wanita terlalu banyak bekerja, dan lelaki pula tidak sedar akan ketidakseimbangan itu. 

Okay relaks, bertenang, jangan marah-marah. Tarik nafas panjang-panjang. Kita sudah sediakan tips-tips berkesan untuk isteri memujuk suami dalam membuat kerja-kerja rumah supaya semuanya adil. 

Jom, kita ulas satu persatu seperti di bawah:-

Kita Semua Ada 24 Jam Sehari

Ye, semua sama rata. Suami isteri perlulah merancang semula cara anda menggunakan masa. Anda perlulah komited kepada matlamat untuk mengimbangi semula waktu yang diperlukan untuk menyiapkan kerja-kerja rumah.

Secara realiti, ramai sang suami akan menganggap yang kerja rumah jatuh di bahu isteri sahaja tanpa menyedari yang anda berdua hanya ada masa 24 jam. Bukan itu sahaja, para isteri sekarang juga mempunyai kerjaya sendiri, sama seperti suami jadi, eloklah sekiranya kerja rumah dibahagikan sama rata. Isteri boleh berbincang dan slow talk dengan suami. Letakkan suami di kasut anda supaya suami boleh merasa empati.

Isteri Puji Suami dan Suami Puji Isteri

Ramai pasangan yang bergaduh sebab kerja rumah. Ada yang salahkan isteri sebab tak basuh pinggan mangkuk, ada juga yang salah suami sebab tak pernah vakum rumah. 

Tapi anda perasan tak jarang sekali kita puji satu sama lain bila salah seorang dari kita sudah selesai dengan kerja rumah. Kerap kali pasangan terlupa untuk cakap terima kasih atau pujiian lain seperti ‘kalau takde awak, mesti rumah ni tak secantik seperti macam ni’.

Penting untuk bagi pujian sebab perkara itulah yang akan buatkan pasangan anda lebih bersemangat untuk buat kerja rumah. 

Tetapi, ada syarat. Apa syarat-syaratnya? Janganlah pula puji banyak sangat. Aikk, tak boleh pula? Sebab apa?

Cakap terima kasih terlalu banyak akan buatkan pujian tersebut hilang nilainya dan menjadikannya kelihatan seperti dia berusaha lebih daripada yang dia perlukan. Takut pula minggu depan dia jadi couch potato melihat anda sapu lantai rumah. Suami isteri perlukan pujian tetapi jangan terlalu banyak haaa gitu. Dari sini, boleh lihat yang pasangan sendiri sedar akan kepentingan mereka dalam membuat kerja rumah.

Credit: https://bit.ly/3WZB10f

Jadikan Kerja Rumah Ni Perkara Paling Best

Timbulkan keseronokan dengan mencari cara yang menyeronokkan untuk melibatkan suami dalam kerja-kerja rumah. Lelaki ni mudah sahaja kalau nak bagi mereka dengan sesuatu. Keyword: Seronok. 

Kalau sesuatu benda atau perkara itu menyeronokkan, senang la nak pikat suami untuk buat kerja. 

Beberapa idea untuk membantu suami anda melakukan kerja rumah ialah dengan:-

  • Dengar lagu kegemaran atau mainkan rancangan kegemaran (sekiranya ada TV di dapur) sewaktu memasak/belajar memasak bersama isteri. 
  • Lipat baju sambil menonton video-video lawak di Youtube.
  • Beri suami kebebasan untuk menentukan jadual kerja rumah. Apa yang penting ialah fair and square.
  • Bersihkan bilik air sambil menyanyi
  • Mop lantai sambil menjawab soalan-soalan IQ

Banyak lagi cara yang boleh menghiburkan hati suami. Hmmph, bukan suami je, entah-entah anda pun akan terhibur dengan buat benda yang sama.

Credit: https://m.facebook.com/era.je/photos/perempuan-ni-memang-power-bab-multitask-kan-masak-sambil-menyanyi-instaseleb-sar/10157672423027345/

Kalau Dalam Jual Beli Pandai Negotiation, Dalam Rumah Pun Kena Pandai Juga!

Hanya kerana anda mempunyai tabiat melakukan kerja rumah, tidak bermakna anda atau suami anda perlu melakukan tugas yang memang perlu disiapkan hari itu juga.

Mungkin anda menghargai memasak sarapan atau makanan tengahari buatan sendiri untuk keluarga anda setiap pagi atau suami anda lebih suka melipat baju daripada vakum lantai, boleh tiada masalah! 

Suami anda juga suka mulakan kerja rumah waktu tengahari, bukan pagi. Itupun tiada masalah. Bak orang mat saleh cakap, why not?

Tetapi… apa pula yang perlu dilakukan kalau suami suka buat kerja rumah di waktu tengahari tetapi isteri pantang melihat rumah tidak kemas apabila tengahari bermula?

Haaa, ini datangnya perbincangan ataupun negotiation. Perkara ini penting… sangat penting lagi-lagi bila melibatkan kerja rumah dan pembahagian kerja. Bincang dengan pasangan apa yang mereka suka dan tidak suka. Mana kerja rumah yang mereka rasa paling malas untuk buat dan sebaliknya. Ada ke kerja rumah yang memerlukan tenaga sang suami? Bagitahu suami, senaraikan supaya suami faham anda. Setiap persoalan punya jawapan. Negotiation itu penting supaya kerja rumah dapat disiapkan dan anda berdua bersama anak-anak dapat hidup dengan lebih aman dan harmoni.

Credit: https://bit.ly/3RsBWFs

Ditulis oleh:
Ian Firdaus