Kurang Bekalan Susu? Cuba Resepi Mudah Natural Milkbooster ini!
Cuti bersalin dah nak habis, bekalan susu pula semakin berkurangan. Itulah dilema wanita selepas bersalin yang menghampiri tempoh akhir berpantang. Tak perlu stres, pening dan runsing! Natural Milkbooster dapat membantu anda menambah kuantiti susu, disamping memberikan kualiti susu yang baik. Seperti sedia maklum, fungsi milkbooster adalah sebagai penggalak susu badan untuk ibu-ibu yang sedang dalam tempoh menyusu. Milkbooster biasanya diambil oleh ibu-ibu yang bekerja atau mereka yang mengalami masalah kekurangan susu badan.
Selain membantu meningkatkan penghasilan susu badan, terdapat beberapa khasiat lain yang diperolehi oleh ibu-ibu terutama yang mengambil penggalak susu secara natural. Ini kerana, ia terdiri daripada bahan makanan atau tumbuhan yang tumbuh secara semulajadi yang dapat memberikan kebaikan untuk tubuh badan. Berikut adalah kebaikan bahan-bahan natural yang digunakan sebagai milkbooster:
- Kurma Merah
Kurma Merah merupakan bahan yang tinggi kandungan Vitamin C (80 kali melebihi buah Oren) di dalam nya. Ia dapat membantu menambah tenaga dan menurunkan kadar kolesterol. Ia juga membantu merangsang pengeluaran susu ibu dan meningkatkan daya tahan badan. Ia turut bertindak sebagai agen anti penuaan, meningkatkan daya ingatan dan tinggi kandungan zat besi untuk membantu wanita selepas bersalin sembuh dengan cepat.
- Longan Kering
Longan Kering merupakan antara sumber makanan semulajadi terbaik utk menambahkan susu badan yang dapat merangsang & menstabilkan hormon. Ia turut membantu mengelakkan masalah emosi tidak stabil ketika dalam pantang serta membantu meningkatkan kualiti tidur. Ia juga dapat membantu menyihatkan usus dan memperbaiki proses penyerapan makanan. Selain itu, Longan Kering ini mempunyai kandungan potasium yang tinggi dimana dalam perubatan ia membantu para ibu mengurangkan stres serta menambah tenaga dan susu ibu.
- Goji Berry
Baik untuk kesihatan mata serta bertindak sebagai ejen antioksidan. Ia juga berfungsi sebagai penyokong fungsi hati dan buah pinggang. Ia juga membantu wanita untuk menguatkan sistem imunisasi serta meningkatkan tahap kesuburan.
- Barli
Barli tergolong sebagai salah satu makanan laktogenik, iaitu kategori makanan yang boleh menggalakkan penghasilan susu badan. Seperti oat, barli telah diamalkan sejak berkurun lamanya sebagai milkbooster semulajadi yang berkhasiat tinggi untuk ibu menyusu.
- Buah Kundur
Buah Kundur juga antara makanan yang baik untuk membantu melancarkan dan menambah kuantiti susu ibu di samping bertindak sebagai natural sugar/pemanis semulajadi.
Jom sama-sama kita cuba resepi mudah Natural Milkbooster seperti di bawah!
RESEPI 1
Bahan-bahan:
- Kurma merah
- Longan kering
- Gojiberry
- Sedikit gula perang (brown sugar)
- Daun pandan.
Cara-cara:
- Rebuskan Kurma Merah, Longan Kering dan Goji Berry dalam satu periuk.
- Untuk sedikit rasa manis, boleh tambahkan gula perang dan daun pandan untuk keharuman.
- Sedia untuk dinikmati!
RESEPI 2
Bahan-bahan:
- Kurma merah
- Longan kering
- Buah kundur
- Barli
- Gula batu
- Daun pandan
Cara-cara:
- Rebuskan semua bahan dalam satu periuk.
- Perasakan dengan gula batu secukup rasa. Tambahkan daun pandan untuk mewangikan lagi aroma minuman.
- Sedia untuk dinikmati
Sangat mudah kan penyediaannya? Di samping terkandung bahan-bahan yang berkhasiat dan tanpa pengawet, kandungan gula di dalamnya juga tidak terlalu tinggi dan sesuai untuk dinikmati oleh wanita selepas bersalin. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat anda semua. Selamat mencuba!