Tips Terbaik Semasa Menggunakan Perkhidmatan Babysitter / untuk Anak di Rumah
Kenali Kiddocarer dari Kiddocare untuk penjagaan anak yang mantap dan selamat!
Nak tinggalkan anak kita dengan orang ni memang seram sikit kan? Nak nak lagi sekarang ni macam-macam kes melibatkan kanak-kanak kita tengok dekat berita. Ya lah, apatah lagi nak benarkan orang yang tak dikenali untuk duduk di rumah kita menjaga anak kecil kita. Kita yang dekat luar ni pun jadi tak tenteram betul tak?
Tapi takpe, ada beberapa tips yang kami nak share yang kita boleh jadikan garis panduan untuk pastikan kita boleh dapatkan babysitter yang terbaik untuk anak-anak kita di rumah supaya kita boleh tinggalkan mereka di rumah dengan tenang!
Kenali Dulu
Kita je yang faham keperluan anak kita kan? Dan berdasarkan keperluan anak kita, kita tahu apa yang babysitter patut tahu untuk penjagaan sempurna. Jadi sebelum kita serahkan tugas ni, kita kaji calon pengasuh, tanya pengalaman, apa situasi sukar mereka pernah lalui masa menjaga. Tak perlu jumpa pun takpe, sekarang kan ada App boleh review profile je.Kalau tak pasti jugak, baca review dari parents yang lain. Dari sini kita boleh kenal personaliti babysitter juga dan keserasian dengan anak kita.
Pemeriksaan Latar Belakang
Kalau kita cari kerja, biasanya HR akan buat pemeriksaan latar belakang. Kalau kita yang mencari pekerja pula? Kita lah yang kena buat. Pemeriksaan latar ni untuk pastikan babysitter kita mempunyai rekod bersih, tak pernah ada kes terdahulu dengan kanak-kanak lain dan mempunyai senarai pelanggan yang berpuas hati. Kadang-kadang maklumat macam ni boleh dapat melalui google saja, tapi kalau di Kiddocare, proses periksa latar belakang ni memang dah buat awal-awal.
Tinggalkan Nombor Kecemasan
Sebagai ibu-bapa ni, apa yang kita kena sentiasa ingat, ialah malang tidak berbau. Kadang-kadang benda yang kecil boleh menyebabkan sesuatu yang besar dan jadi bahaya. Dalam keadaan macam ni, siapa yang babysitter kita patut hubungi? Buat senarai nombor telefon penting dan letakkan di tempat yang mudah dilihat. Sertakan nombor anda, ahli keluarga terdekat atau rakan, doktor pediatrik, dan perkhidmatan kecemasan.
Kongsi Keperluan Perubatan
Kalau anak anda ada sebarang alahan atau perlukan ubat, pastikan babysitter anda tahu. Bagi arahan yang jelas dan lebih elok lagi bertulis dan pastikan mereka faham apa yang perlu dilakukan dalam kes kecemasan perubatan.
Pastikan Mereka Dilatih untuk Kecemasan
Bab ni sangat penting dalam penjagaan kanak-kanak. Dalam keadaan kecemasan, babysitter yang baik perlu dilatih untuk memberi CPR dan pertolongan kecemasan yang sesuai untuk kanak-kanak. Kalau nak pastikan, minta untuk tengok sijil mereka dan uji pengetahuan mereka. Bukan apa, kita cuma nak pastikan yang mereka bersedia untuk mengendalikan apa-apa situasi kecemasan masa kita tiada di rumah.
Tetapkan Peraturan Gajet
Kalau kita dekat rumah pun kita tak bagi anak-anak menghadap phone atau TV je kan. Pastikan kita maklumkan babysitter apa peraturan kita dekat rumah ni. Jangan anak-anak naik lemak pulak kita takde kat rumah kan! Pastikan babysitter tahu berapa lama anak kita dibenarkan tengok TV dan main dengan phone.
Makanan dan Snek
Budak-budak kan senang lapar, tapi sebenarnya bukan tugas babysitter untuk memasak. Jadi pastikan makanan dan snek sudah disediakan, dan cuma perlu dihidangkan je kepada anak-anak kita. Pastikan babysitter kita tahu juga ada sekatan diet ke dan sebagainya. Lagi satu benda penting ialah kita kena maklumkan siap-siap kepada babysitter kita sama ada mereka pun boleh makan atau tidak makanan yang ada di rumah kita.
Jangan Lupa Homework
Kalau anak anda ada kerja rumah atau homework yang perlu disiapkan maklumkan kepada babysitter. Berikan arahan yang jelas tentang apa yang mereka perlu lakukan untuk pastikan anak kita menyiapkan homework dan sebarang bantuan yang mungkin mereka perlukan.
Tugas-Tugas Anak di Rumah
Jika anak anda mempunyai tugas-tugas di rumah macam mengemas sikit ke, buang sampah ke, kemas mainan ke, maklumkan siap-siap kepada pengasuh dan bagaimana untuk bantu anak-anak kita untuk siapkan tugasan rumah mereka supaya anak kita masih mengikut rutin dan ingat tanggungjawab masing-masing.
Permainan dan Aktiviti
Semua kanak-kanak lain dan ada minat tersendiri kan? Untuk elakkan anak kita bosan, sediakan senarai aktiviti atau permainan yang boleh babysitter kita lakukan dengan anak kita. Tak kisah lah melukis ke, membaca, atau main dekat luar rumah. Sekurang-kurangnya babysitter kita terus tahu nak buat apa supaya anak kita terhibur.
Rutin Waktu Tidur
Tetapkan rutin waktu tidur yang konsisten dan kongsi dengan babysitter anda. Ini termasuk masa yang spesifik untuk mula bersiap-siap untuk tidur, nak mandi ke, buang air ke. Bila kita ikut rutin yang sama kalau kita ada dekat rumah, anak-anak kita pun tak rasa bimbang sangat.
Kecemasan di Rumah
Tadi kita cakap tentang kecemasan melibatkan anak kita. Tapi macam mana kalau ada kecemasan rumah pula, contohnya kebakaran ke, rumah dipecah masuk ke. Pastikan babysitter kita tahu di mana pemadam api dan cara penggunaannya, dan pintu kecemasan jika ada.
CCTV
Bab ni mungkin ada yang tak setuju, tapi ni kan rumah kita dan kita ada rules kita sendiri. Kita mungkin rasa lagi tenang kalau kita dapat tengok keadaan dekat rumah sekali sekala kan? Nak nak kalau kita kena travel berhari-hari. Jadi kita boleh lah pasang alat pemantau seperti CCTV dan maklumkan sekali babysitter kita yang kita boleh nampak melalui CCTV. Alah zaman sekarang ni kucing tinggalkan di rumah pun orang pasang CCTV ya!
Kalau Nak Lagi Tenang, Cuba lah Kiddocare untuk Dapatkan Pengasuh dan Babysitter Terlatih yang Terbaik
Bila kita dah jadi ibu-bapa ni memang banyak sangat benda nak kena fikir, bukan pasal anak je, pasal kerja, pasal pasangan, ibu-bapa kita sendiri. Walaupun kita ada garis panduan untuk rujuk banyak mana pun, mesti ada yang terlepas pandang. Ya lah kita semua cuma manusia dan masih belajar juga, bukannya perfect. Sebab tu bab-bab nak dapatkan babysitter atau pengasuh ni, biar Kiddocare yang uruskan.
Mari kami perkenalkan pengasuh kami atau nama panggilannya Kiddocarer dan kenapa anda patut serahkan saja pada mereka untuk jaga anak-anak anda.
Latihan dan Penilaian Menyeluruh
Setiap Kiddocarer adalah warganegara Malaysia yang wajib lulus ujian dan penilaian untuk memenuhi keperluan pengguna kami. Mereka menjalani proses orientasi wajib, termasuk latihan penjagaan kanak-kanak dan sijil CPR/pertolongan cemas, yang dibangunkan oleh pakar industri. Kami juga melakukan pemeriksaan latar belakang menyeluruh, pemeriksaan kesihatan, dan penilaian psikometrik.
Kepakaran Khas
Babysitter kami juga dilatih untuk menguruskan kanak-kanak dengan keperluan khas, termasuk autisme. Kalau anda perlukan kepakaran khas ini, pastikan anda masukkan maklumat ini dalam butiran tempahan anda supaya Kiddocarer yang ditugaskan bersedia dengan aktiviti yang sesuai untuk anak anda.
Aktiviti Menarik
Kiddocarer kami terlatih untuk menggalakkan anak anda untuk menyertai aktiviti seperti membaca, mereka seni atau kraf, dan bermain permainan yang mendidik dan menyeronokkan. Mereka juga boleh membantu dengan kerja rumah dan tugas rutin untuk menggalakkan anak-anak anda untuk berdikari..
Tenteram Sikit Jiwa
Semua Kiddocarer didaftarkan dengan maklumat lengkap dan diperiksa keselamatannya oleh PDRM (Polis Diraja Malaysia). Anda akan menerima update setiap jam mengenai keadaan anak anda, dan Kiddocarer akan memberikan perhatian sepenuhnya kepada anak anda.
Langkah Keselamatan Tambahan
Anda dibenarkan mempunyai ahli keluarga di rumah ketika Babysistter datang ke rumah atau memasang Spycam/CCTV untuk ketenangan tambahan. Anda boleh juga maklumkan jiran anda untuk memeriksa sekali sekala. Tapi ingat, kalau nak guna CCTV, harus beritahu kepada Babysitter yang mereka dirakam dan tempatkan CCTV di tempat-tempat yang tidak melanggar hak privasi seperti di bilik mandi.
Dengan Kiddocare, anda bukan sahaja mengupah babysitter atau pengasuh; tapi anda mendapat rakan yang dipercayai yang mementingkan perkembangan anak anda.
Jadi anda boleh rileks dan tumpukan fokus anda kepada apa sahaja yang anda perlu buat sambil si kecil anda dijaga dengan baik!