Skip to main content

K-youth FAQs

Kiddocare Professional Carer (Part time)

Apakah syarat kelayakan?

Umur: 18 hingga 30 tahun
Jantina: Perempuan
Kelayakan minimum: SPM
Menganggur 1 bulan/ Tiada pekerjaan rasmi Tidak pernah menyertai program yang sama

Bagaimanakah waktu bekerja dan di manakah lokasi kerja?

Peserta dinasihatkan untuk bekerja sekurang-kurangnya 40 jam sebulan. Lokasi kerja adalah fleksibel berdasarkan pilihan anda. Setelah anda melengkapkan semua syarat untuk menjadi Kiddocarer, anda akan didaftarkanan ke dalam sistem kami dan akan menerima maklumat mengenai tempahan yang dibuat oleh klien melalui aplikasi Kiddocare

Adakah terdapat sebarang kontrak untuk bekerja?

Ya, kami akan berkongsi kepada anda terlebih dahulu mengenai kontrak pekerjaan sebelum anda meneruskan dengan lebih lanjut ke dalam program ini setelah anda memenuhi semua syarat kelayakan.

Apakah skop kerja?

Sebagai Kiddocarer, anda dikehendaki melaksanakan tugas-tugas berikut:

 

  1. Pengawasan dan Keselamatan: Memastikan keselamatan kanak-kanak adalah keutamaan utama. Ini termasuk berwaspada semasa waktu bermain, keluar berjalan, dan aktiviti lain untuk mencegah kemalangan atau kecederaan.
  2. Bermain dan Interaksi: Melibatkan diri dalam permainan dan aktiviti yang sesuai dengan usia kanak-kanak untuk memupuk kemahiran sosial, perkembangan kognitif, dan kreativiti.
  3. Sokongan Emosi: Menawarkan sokongan emosi dan pemahaman kepada kanak-kanak, membantu mereka meluahkan perasaan dan mengatasi sebarang cabaran yang mungkin mereka hadapi.
  4. Membantu dengan Aktiviti Harian: Membantu dengan tugas-tugas seperti berpakaian, makan, dan kebersihan diri, bergantung kepada umur dan keupayaan kanak-kanak.
  5. Sokongan Pendidikan: Membantu dengan kerja rumah, membaca, dan aktiviti pendidikan untuk memupuk pembelajaran dan perkembangan akademik.
  6. Menggalakkan berdikari: Menggalakkan kanak-kanak untuk berdikari dan keyakinan diri dengan cara yang sesuai dengan umur mereka.
  7. Komunikasi: Mengekalkan komunikasi terbuka dan jelas dengan ibu bapa atau penjaga mengenai kemajuan, tingkah laku, dan sebarang kebimbangan yang mungkin timbul.

Adakah pekerjaan ini secara sepenuh masa atau separuh masa?

Kami hanya menawarkan jawatan ini secara separuh masa.

Berapa lamakah tempoh latihan dan adakah ia akan di buat secara fizikal atau dalam talian?

Untuk jawatan ini, anda perlu menghadiri latihan secara fizikal selama 5 hari sebelum boleh menjadi Professional Kiddocarer kami. Anda juga perlu menghadiri latihan bulanan selama 2-3 hari sepanjang program ini belangsung. Namun, anda akan menerima elaun latihan dan K-Youth Trainee Completion Bonus sekiranya anda berjaya menghadiri kesemua latihan bulanan.

Di manakah latihan tersebut akan diadakan?

Kota Damansara, Petaling Jaya

Apakah faedah apabila menyertai program ini?

Anda layak menerima faedah berikut:

  • KWSP
  • Caruman SIP & PERKESO
  • Insurans Kumpulan
  • Bonus
  • Elaun
  • Cuti Sakit / Tuntutan Perubatan

Bagaimana pendapatan yang akan diterima melalui program ini?

Anda akan menerima komisyen bulanan berdasarkan jumlah servis yang berjaya dilengkapkan

Adakah saya akan menerima bayaran sekiranya bekerja lebih masa, cuti sakit dan cuti tahunan?

Anda layak untuk menerima faedah berikut:

  1. Cuti sakit: 4 hari (anda boleh membuat tuntutan bayaran melalui sijil cuti sakit yang sah dengan jumlah tuntutan maksimum sebanyak RM200 bagi tempoh 4 bulan program)
  2. Kerja lebih masa: Anda akan menerima bayaran pekerjaan lebih masa berdasarkan waktu lanjutan yang diminta oleh klien

Adakah saya perlu memohon pekerjaan melalui aplikasi Kidodcare dan bolehkah saya memilih klien?

Ya, anda perlu memohon melalui aplikasi Kiddocare dan anda mempunyai pilihan untuk memilih klien yang besesuaian berdasarkan keutamaan anda.

Bolehkah saya meminta insentif perjalanan?

Anda tidak boleh meminta insentif perjalanan daripada klien. Walau bagaimanapun, kami akan memberikan insentif perjalanan RM30/servis untuk membantu anda berulang-alik ke lokasi klien.

Bolehkah saya menukar jawatan saya daripada Kiddocarer Sambilan kepada Kiddocarer Sepenuh Masa atau sebaliknya?

Atas apa jua alasan, peserta tidak boleh menukar jawatan mereka ke jawatan lain semasa program ini berlangsung

Jika saya berminat dan dari negeri lain, adakah saya perlu berpindah ke Lembah Klang?

Ya. Jika anda berminat dan berasal dari negeri lain, anda perlu berpindah ke Lembah Klang. Walau bagaimanapun, pengangkutan dan penginapan adalah atas tanggungjawab sendiri

Bolehkah saya menarik diri daripada program ini selepas menerima surat tawaran?

Ya, anda boleh menarik diri daripada program ini tetapi anda akan dikenakan penalti dengan membayar semula kos latihan. Selain itu, anda juga perlu memberikan sebulan notis sebelum boleh menarik diri daripada program.

Selepas menandatangani Surat Tawaran, adakah saya akan menjadi pekerja Kiddocare?

Ya. Selepas menandatangani surat tawaran, anda akan dianggap sebagai pekerja Kiddocare untuk tempoh yang dinyatakan dalam kontrak. Ini bermakna status pekerjaan anda adalah sah dan diiktiraf untuk tempoh yang digariskan dalam perjanjian.

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya terlepas sesi latihan wajib?

Peserta perlu memberikan alasan dan bukti yang sah sekiranya tidak dapat menghadiri latihan wajib. Sekiranya peserta gagal menghadiri latihan, peserta akan mendapatkan potongan gaji dan mereka perlu untuk membuat pembelajaran kendiri, mengambil ujian dan menjalani penilaian fizikal di HQ. Sekiranya gagal, mereka perlu mengambil ujian dan penilaian semula di HQ. Kehadiran untuk latihan dan penilaian semula tidak akan dibayar.

Siapa yang perlu saya maklumkan apabila saya tidak boleh datang ke tempat kerja atau mungkin lewat ke tempat kerja?

Anda harus memaklumkan kepada admin yang bertugas sekiranya anda menghadapi sebarang isu seperti tidak boleh datang ke rumah klien atau anda terlewat.

Siapa yang harus saya maklumkan jika saya telah diminta untuk melaksanakan tugas yang tidak dinyatakan dalam skop kerja?

Anda harus memaklumkan kepada admin yang bertugas semasa sesi servis anda sekiranya anda diminta untuk melakukan tugas yang tidak dinyatakan dalam skop kerja.

Kepada siapa saya boleh membuat aduan jika terdapat perselisihan faham dengan klien?

Anda boleh membuat aduan kepada admin yang bertugas semasa sesi servis anda jika terdapat percanggahan/perselisihan faham dengan klien untuk siasatan lanjut.