Skip to main content

Kenapa Pentingnya Untuk Belajar Sekurang-Kurangnya Tiga Bahasa Sejak Dari Kecil?
Jom Kita Ambil Tahu!

Kita sudah berada pada tahun 2023 dan bukan sahaja Malaysia sedang membangun menjadi sebuah negara yang maju, tetapi negara-negara lain juga turut bersama dalam merealisasikan impian dan matlamat untuk menjadi yang terbaik.  Dunia sekarang ini kita boleh lihat sempadan budaya menjadi semakin pudar dan komunikasi pun sudah tak mengenal had. Apabila tiada halangan, kita akan lebih terdorong untuk berkomunikasi untuk mendapatkan pengalaman dan peluang yang baharu. 

Sewaktu kita kecil dahulu, sudah menjadi kebiasaan bagi kita untuk belajar sekurang-kurangnya dua bahasa. Kebanyakannya yang menetap di Malaysia mengambil cabaran untuk belajar Bahasa Malaysia dan Inggeris. Tetapi kini, kita merasakan dua bahasa itu tidak cukup lebih-lebih lagi apabila negara kita ni negara yang berbilang bangsa dan kaum. Daripada dua bahasa, kita mahu anak kita sekarang belajar tiga atau empat bahasa dengan mahir. Lagipun, banyak kajian penyelidikan telah menunjukkan bahawa mempelajari multiple languages semasa kecil memberi kesan positif kepada perkembangan kognitif. 

Anak-anak sekarang ni ramai yang gemar untuk belajar Bahasa Inggeris. Sebab kebanyakan content-content yang mereka lihat sekarang memang banyak bercakap dalam bahasa ini. Mereka kurang gemar untuk belajar bahasa lain termasuklah bahasa ibunda kita sendiri kerana mereka berasakan bahasa-bahasa tersebut tidak kerap digunakan berbanding dengan Bahasa Inggeris. Mereka tidak tahu yang belajar pelbagai bahasa ini mempunyai banyak faedahnya dari segi budaya, sosial dan kognitif. 

Jom kita lihat apa benefits mempelajari lebih daripada dua bahasa bagi anak-anak mak ayah.

Memahami Pelbagai Culture Dengan Lebih Mendalam

Semasa kita belajar mengenai bahasa, kita bukan sahaja belajar bahasa itu semata-mata. Mak ayah perasan tak kalau mak ayah membelek buku sesuatu bahasa itu, mak ayah akan dapati yang konteks di dalam buku tersebut akan menyamai konteks budaya dan kaum tersebut? Contohnya, sekiranya buku Bahasa Inggeris, mereka akan mewarnainya dengan pop culture references seperti adiwira Spiderman, Batman ataupun memberi pembaca contoh seperti tempat-tempat menarik di luar negara seperti Disneyland atau Universal Studios. Sama juga seperti buku Bahasa Cina, kanak-kanak akan belajar budaya mereka seperti pakaian ataupun jenis-jenis kuih yang dimakan sewaktu Tahun Baru Cina. 

Anak-anak mak ayah akan lebih appreciate dengan budaya dan kelainan yang ada pada setiap bangsa dan kaum. Mereka mempunyai kelebihan yang unik dalam memahami dan menghargai budaya yang berbeza. Keupayaan untuk anak bertutur dengan orang lain menggunakan bahasa yang dipelajari akan membina rasa keterikatan dalam dunia yang pelbagai budaya.

Jangan Biarkan Budaya Menjadi Sejarah

                                    Link: http://cikguphong.blogspot.com/2015/10/warisan-budaya-bangsa.html

Apabila anak-anak mak ayah belajar banyak bahasa sejak dari kecil, mereka akan memahami dan diberi awareness tentang budaya-budaya yang ada di dunia ini seperti yang diperkatakan di atas. Selepas mereka mengenali budaya-budaya ini, mereka akan develop a global mentality dimana mereka akan lebih peka dengan budaya, sosial dan persekitaran mereka. Disini, sedikit sebanyak, mereka akan lebih cenderung untuk accept dan appreciate budaya yang diketahui dan dipelajari kerana setiap budaya mempunyai keunikan mereka yang tersendiri. 

Mereka tidak akan menjadi seperti katak di bawah tempurung. Anak-anak akan lebih teringin untuk melihat budaya dalam negara dan di luar negara. Bukan itu sahaja, anak-anak juga akan mencungkil minat dalam pelajaran Sejarah kerana ingin lebih tahu tentang budaya. 

Dengan mempelajari pelbagai bahasa juga, anak-anak akan membina pandangan dunia yang lebih luas. Misalnya, mereka akan tahu yang negara Asia adopt budaya kolektivisme manakala negara barat lebih ke arah budaya individualisme. Dengan mengetahui bahawa kita mengangkat budaya kolektivisme, mereka akan lebih cenderung untuk memupuk nilai-nilai murni seperti tolong-menolong, bekerjasama dan empati yang bersesuaian dengan budaya tersebut. 

Mak Ayah Tidak Perlu Risau Dengan Masa Depan Anak-Anak

Kita tahu yang dunia sekarang ini sangat mencabar. Nak pastikan kita secure temuduga kerja pun mengambil banyak percubaan dan masa kita. Ye la, populasi Malaysia sekarang makin hari makin meningkat. Jabatan Perangkaan Malaysia menyatakan jumlah penduduk Malaysia tahun ini ialah sebanyak 33.4 juta berbanding 32.7 juta pada tahun 2022. Hanya setahun dan kita mencecah kira-kira 700 ribu populasi tambahan berbanding tahun sebelumnya. Bayangkan dalam 20 tahun yang akan datang, tidak terkejut sekiranya populasi Malaysia mencecah 50 juta penduduk. 

Lebih banyak populasi, lebih susah untuk anak-anak mak ayah mencari peluang pekerjaan kelak kerana competition yang semakin sengit. Untuk memastikan anak mak ayah mempunyai peluang yang lebih cerah, peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya menjadi penting dalam mendidik mereka untuk belajar lebih daripada dua bahasa. 

Sekiranya anak mak ayah diberi pilihan untuk mempelajari tiga bahasa, pilihlah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina kerana ketiga-tiga bahasa ini bukan sahaja bahasa yang kerap digunakan di dalam Malaysia, malah kesemua bahasa ini amat penting sekiranya anak mak ayah perlu berurusan dengan orang luar negara nanti. Mana taknya, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin merupakan bahasa lingua franca dunia. Bahasa Malaysia pula ialah bahasa ibunda negara kita dan sudah semestinya kita perlu fasih supaya apabila orang luar bertanyakan perkataan-perkataan yang mereka ingin tahu, anak mak ayah boleh jawab dengan mudah. Secara tidak langsung, pihak luar akan tunjukkan respect dan value yang tinggi terhadap mereka.

Bahasa-bahasa lain yang anak mak ayah boleh pelajari yang dapat memberikan banyak faedah termasuklah Bahasa Perancis, Bahasa Arab, Bahasa Tamil, Bahasa Korea dan Bahasa Jerman.

Minda Mereka Lebih Tajam dan Matang

Apabila anak-anak mak ayah belajar banyak bahasa, mereka akan sentiasa exercise their brain kerana ianya memerlukan mereka untuk memahami setiap patah perkataan. Bukan itu sahaja, mereka juga perlu membiasakan diri untuk bercakap bahasa-bahasa tersebut sehingga pertuturan mereka lancar tanpa ada rasa teragak-agak. Bukan mudah untuk kita bercakap dengan cara no-brainer dimana kita seperti tidak memerlukan masa untuk memilih perkataan atau ayat untuk bercakap. 

Kajian pernah menunjukkan yang belajar dan berkomunikasi dengan pelbagai bahasa ini menyumbang kepada simpanan kognitif yang mungkin akan melambatkan onset of cognitive decline di usia tua. Melatih minda dalam sentiasa untuk memahami perkataan, tatabahasa dan struktur ayat baru boleh menguatkan dan menyegarkan minda dan ingatan. Ini juga boleh menurunkan potensi untuk mereka mendapatkan penyakit demensia atau Alzheimer iaitu penyakit hilang separuh atau sepenuh daya memori dan ingatan. Minda anak-anak mak ayah juga akan lebih senang untuk adapt dengan pertukaran yang berlaku, sama ada situasi peribadi seperti pindah ke rumah dan sekolah. Kerana apa? Kerana mereka mempunyai minda yang lebih terbuka kesan daripada mempelajari banyak bahasa. Mereka tidak terperap dengan dunia atau budaya mereka sendiri malah, minda mereka lebih mudah untuk terima perubahan sesuatu situasi itu.

Bersempena dengan Hari Malaysia minggu ini, kami telah menyediakan aktiviti untuk mak ayah dan juga anak-anak mak ayah di rumah iaitu aktiviti Match and Name the Flags! Bukan itu sahaja, mak ayah sekeluarga juga boleh berpeluang memenangi hadiah daripada kami!

Ini cara-caranya:-

Langkah 1: Muat turun dan cetak templat di sini
Langkah 2: Match and name the flags dengan anak-anak mak ayah
Langkah 3: Cipta, rakam dan kongsi momen gembira bersama anak-anak mak ayah di media sosial dengan menggunakan #KCSayangMY dan tag @kiddocaremy
Langkah 4: Sepuluh pemenang bertuah akan memenangi hadiah hebat

Jom kita jadikan Hari Malaysia ini istimewa dengan berkongsi ilmu dan mencipta memori manis bersama keluarga! Sertai pertandingan ini bersama anak-anak mak ayah dan tunjukkan semangat kebangsaan Malaysia anda! 

Untuk ketahui lebih lanjut, sila klik di sini

SELAMAT HARI MALAYSIA! 

Ditulis oleh:
IAN FIRDAUS

 

References:
https://multiculturalkidblogs.com/2021/07/12/10-childhood-benefits-of-being-bilingual/

https://educationdestinationmalaysia.com/blogs/benefits-of-being-multilingual#:~:text=Children%20who%20speak%20two%20or,greatly%20in%20the%20child’s%20learning.

https://www.edarabia.com/what-benefits-children-being-multilingual/

https://noida.cambridgeschool.edu.in/what-are-the-benefits-of-multilingualism-in-children/

https://www.eurokidsindia.com/blog/the-benefits-of-multilingualism-in-early-years.php

https://www.sinarharian.com.my/article/271184/berita/nasional/penduduk-malaysia-bertambah-21-peratus-pada-2023#:~:text=Jabatan%20Perangkaan%20Malaysia%20(DOSM)%20dalam,juta%20pada%202022%2C%20kata%20Xinhua.