Hampir Pengsan! Cuaca Kini Cecah 40 Darjah Celsius!
Ini Tips Untuk Kekal Selamat Dalam Keadaan Panas Melampau
‘Arrgggghhhhhhhh panassssssss!!!’
Itulah laungan semua orang tatkala menyambut Hari Raya pada hujung bulan April lepas, betul tak betul? Tapi sudah semestinya laungan itu hanya terbit di hati kita sahaja. Ke ada yang betul-betul menjerit sekuat hati kerana cuaca yang sungguh panas ni? Bagaimana pula dengan anak-anak mak ayah? Mesti mereka merungut nak balik dengan cepat ataupun tidak sabar nak ke rumah yang ada air-cond, betul kan?
Kita pasti mesti ada mak ayah yang tergelak atau menggeleng-gelengkan kepala membaca artikel ini kerana teringat kenangan tersebut.
Bila bercakap berkenaan dengan cuaca panas, boleh dikatakan cuaca tahun ini sangat panas. Walaupun hujan, bahang panas itu masih terasa di rumah kita. Sesiapa yang ada air conditioner, mesti akan pasang full blast dan sesiapa yang ada kipas, mesti akan tekan butang maksima.
Bukan mak ayah sahaja yang terasa bahangnya, ternyata satu Malaysia merasai terikan panas matahari ini.
Baru-baru ini, Berita Harian dan RTM telah menulis artikel bahawa negara kita akan mengalami cuaca panas sehingga Ogos 2023. Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim berkata cuaca panas ini akan membabitkan semua negeri.
“Keadaan ini dijangka akan berlarutan sehingga Ogos kerana peralihan monsun. Selepas Ogos dijangka kembali hujan,” Nik Nazmi berkata.
“Beberapa kawasan merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, termasuk Tanah Merah dan Cheras,” Nik menyambung.
Bukan sahaja badan melekit dek kerana cuaca yang panas, malah udara juga menunjukkan purata yang tidak sihat. Jadi, demi keselamatan anak-anak dan mak ayah, kami ingin memberi tips untuk kekal selamat dalam keadaan cuaca yang melampau.
Perkara Yang Paling Penting Ialah…
…minum air yang secukupnya. Ehh takkkk. Bukan air bergas, berjus ataupun air yang manis. Yang perlu diminum adalah air mineral ataupun air masak. Air ini boleh mengekalkan hidrasi mak ayah dan anak-anak di bawah panahan matahari.
Bagi orang dewasa, mak ayah digalakkan untuk minum 8 gelas air mineral/putih sehari. 8 gelas ini juga bersamaan dengan 2.5 liter. Tetapi, peruntukkan ini sama juga ke bagi kanak-kanak? Pernahkah anda terfikir berapakah jumlah air yang diperlukan oleh kanak-kanak?
Jumlah air yang perlu diminum oleh kanak-kanak berbeza mengikut peringkat umur. Menurut artikel yang ditulis oleh FIRSTSTEP Child Specialist Clinic, kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun memerlukan 1.2 liter sehari, 4 hingga 8 tahun 1.6 liter sehari dan kanak-kanak yang berusia 9 sehingga 12 tahun memerlukan sebanyak 2 liter sehari. Tetapi sudah pasti sekiranya cuaca yang panas, mak ayah dan anak perlukan lebih banyak air daripada yang dicadangkan jadi, sangat penting untuk sekeluarga membawa bekalan air yang secukupnya sewaktu ke mana-mana jua.
Jangan Pakai Baju Berwarna Gelap!
Pakaian kita memainkan peranan yang sangat penting kalau kita keluar berjalan pada musim panas.
Mak ayah jangan kenakan pakaian berwarna gelap terutamanya hitam, kelabu gelap dan biru gelap. Ini kerana warna gelap akan menyerap dan menyekat haba dan mak ayah akan terasa lebih panas berbanding dengan orang lain. Kenakan pakaian yang berwarna cerah seperti kuning cair, putih dan merah jambu sebab warna ini akan reflect heat dan tidak menyerap haba.
Mak ayah sekeluarga juga boleh mengenakan baju sukan sekiranya bersesuaian dengan lokasi yang ingin dituju. Sekiranya ingin membeli belah, selain daripada mencari baju berwarna cerah, mak ayah boleh mencari baju yang satu saiz ekstra daripada saiz biasa. Tiada la mak ayah rasa melekit atau rimas sewaktu keluar berjalan nanti.
Jangan sangka tidak boleh berfesyen sekiranya upgrade satu size ekstra tau. Macam-macam gaya yang boleh dikenakan.
Alamak, Tiada Air-Conditioning di Rumah?!
Kalau mak ayah memang ada install air-conditioner di dalam rumah, ada kelebihan di situ. Of course memang full blast yang mak ayah akan pasang tapi bayaran elektriknya sudah tentu akan mencanak naik seperti gunung Everest. Untuk menjimatkan elektrik, mak ayah boleh pasang eco mode dimana air-conditioner mak ayah akan menyejukkan rumah mak ayah mengikut suhu di rumah mak ayah. Barulah jimat!
Sekiranya tiada air-conditioner, kami sarankan mak ayah berjalan di pusat membeli belah ataupun tempat-tempat yang sejuk seperti panggung wayang. Buat masa kini, ada filem Super Mario Bros. Movie & Guardians of the Galaxy Volume 3 yang sedang ditayangkan di pawagam. Bukan sahaja mak ayah, anak-anak juga akan terhibur tengok dua filem ini.
Kalau di rumah pula, mak ayah boleh meletakkan dua kipas di dalam satu bilik. Letakkan kedua kipas tersebut di dua bahagian penjuru bilik bertentangan antara satu sama lain. Mesti terasa sejuk, tak terfikir nak air-conditioner selepas itu.
Beli Limau Nipis & Ais Dan…
Haaa, kita pasti ramai yang tak tahu dengan petua ni. Kemungkinan ada mak ayah yang sudah tahu tapi ini kita nak terangkan ni.
Cuaca panas melampau seringkali buat kita demam, batuk dan selsema dan juga sakit kepala.
Memang ramai kalau sakit kepala kini beralih kepada ubat moden seperti Panadol Actifast atau Soluble tetapi mak ayah tahu tak alternatif untuk melegakan sakit kepala ini muda dengan hanya menggunakan limau nipis dan ais.
Bagaimana caranya? Haaa begini…
- Ambil baldi dan curahkan air paip sehingga separuh penuh.
- Campurkan ais mengikut kadar yang diingini (lagi banyak, lagi okay tapi jangan terlalu banyak pula).
- Perah 3 biji limau nipis ke dalam baldi.
- Letak tepi baldi tersebut dan mandi macam biasa terlebih dahulu.
- Bilasan atau basuhan yang terakhir, baru curahkan air baldi tersebut ke seluruh badan; mulakan siram daripada kaki bawa ke atas hingga kepala.
- Setelah selesai, jangan lap terlebih dahulu. Tunggu selama 3 minit baru lap seluruh badan.
Disyorkan untuk melakukan mandi ini sewaktu petang; pukul 5 hingga 7 petang ataupun sebaik sahaja sewaktu mandi selepas balik kerja.
Sekiranya mak ayah ada masalah sakit sendi atau insomnia, boleh juga lakukan petua ini.
Ditulis oleh:
Ian Firdaus