Skip to main content

Anak Sensitif Dan Mudah Terasa?
Jom Kita Jadikan Mereka Lebih Resilient Dengan 4 Cara Ini!

Kita yang sudah dewasa ini, kalau kita lihat kanak-kanak sekarang, mesti kita akan mengimbau kembali kenangan manis yang kita buat sewaktu kita lebih kurang 75 cm tinggi. Seronok betul, rasa seperti tiada masalah. Apa yang kita buat mesti akan dipenuhi dengan rasa kegembiraan. 

Tetapi, secara realiti, itu adalah memori. Memang setiap daripada kita kerap mengumpul memori manis berbanding pengalaman pahit yang kita pernah lalui. Setiap daripada kita ini, mesti ada cabaran yang tersendiri sewaktu kecil.

Cuba ingat. Lewat datang ke sekolah dan kena denda. Culture shock kerana perlu tukar sekolah. Mengambil peperiksaan dan tak mendapat markah yang kita mahukan. Kena rotan dengan cikgu sekolah. Pernah dibuli. Sakit sehingga seminggu tidak ke sekolah. Inginkan mainan kegemaran tetapi tidak dapat. Perlu bangun seawal 6 pagi untuk ke sekolah. 

Banyak kan? Dalam memori manis itu tersingkap 1001 kisah pahit juga. Tetapi banyak yang kita sudah lupakan kerana ketabahan kita dalam mengharungi cabaran-cabaran tersebut dan menganggapnya sebagai pengalaman.

Walau bagaimanapun, zaman kini sudah berubah. Mak ayah sedar tak yang generasi X dan Y sentiasa tenang dan tabah menghadapi cabaran berbanding dengan kanak-kanak generasi Z dan alfa? Zaman dahulu, mak ayah perlu berjalan 2 kilometer setiap hari pergi dan balik ke sekolah tanpa rasa erti penat dan jemu. Kena tegur ataupun marah dengan cikgu sudah menjadi biasa sehingga kita boleh terima teguran mereka dengan hati yang terbuka. Tetapi kanak-kanak kini ke arah lebih sensitif; sekiranya cikgu tegur sedikit, kemungkinan mereka akan terasa. Kalau mak ayah tidak belikan mereka mainan yang diingini, kemungkinan mereka akan menangis teresak-esak. Sekiranya ada homework yang banyak pada hari hari tertentu, mereka kemungkinan akan merasa pressure yang sangat berat. Pernah tak mak ayah realize tentang perkara ini?

Hmm, pernah terfikir tak, bagaimana kita nak tingkatkan ketabahan ataupun resilience dalam diri anak-anak kita? Untuk apa? Untuk mereka tabah hadapi cabaran sewaktu mereka dewasa nanti seperti menerima rejection, membuat pelbagai kerja dalam satu masa dan mencari nafkah untuk menyara hidup keluarga. 

Jom kita baca cara-cara yang boleh tingkatkan resilience mereka. 

Risk-Taker? Boleh Ke?

Bila sebut je perkataan risk-taker, mulalah minda mak ayah berfikir seribu perkara dalam satu masa. Kemungkinan ada segelintir yang terus panik sedikit apabila perkataan itu jelma di dalam minda lebih-lebih lagi kalau ianya ada kaitan dengan anak-anak mak ayah. Mana taknya, apabila cakap pasal risk-taker sahaja, mesti kita terbayang perkara yang daring dan berbahaya. 

Walaupun itu, risk-taker tidak bermaksud semua perkara yang dibuat itu bahaya. Dengan keselamatan yang lengkap, anak-anak boleh menjadi risk-taker yang baik. Ada masa ke semasa di mana anak-anak perlu melakukan healthy risks. Apa itu healthy risks? Healthy risks ni bermaksud sesuatu perkara dimana anak-anak perlu melakukan sesuatu yang berada di luar comfort zone mereka tetapi dalam pada masa yang sama, risiko yang mungkin timbul hanya boleh memberikan kecederaan yang ringan dan tidak memudaratkan sekiranya mereka tidak berjaya. Dalam erti yang lain, keselamatan mereka diutamakan terlebih dahulu sebelum mereka melakukan perkara itu.

Contohnya, anak boleh compete dalam acara sukan di sekolah, berbuat kawan dengan kawan-kawan yang pemalu, selalu mengangkat tangan dan menjawab soalan yang ditanyakan oleh cikgu, menghulurkan duit kepada orang yang memerlukan dan juga menjadi ketua kelas atau pengawas di sekolah. 

Apabila kanak-kanak avoid risks, hati mereka akan merasa seperti mereka tidak kuat untuk mengharungi cabaran-cabaran tersebut. Apabila mereka embrace risks, mereka akan belajar cara-cara untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Bermain di Luar Lebih Seronok Berbanding Bermain di Dalam Rumah

Mak ayah sedar tak yang anak-anak mak ayah suka kerap bermain di rumah berbanding di luar rumah? Sangat berbeza dengan zaman dahulu dimana hampir setiap petang, kita akan jumpa kawan-kawan dan bermain aktiviti di luar. Kini, anak-anak lebih prefer untuk bermain di dalam rumah.

Kalau dahulu, nikmatnya bermain di luar rumah. Banyak betul aktiviti menarik seperti main hide-and-seek, berbasikal, berlari ataupun memasuki acara olahraga sempena hari sukan di sekolah. Sekarang, anak-anak lebih suka menonton Youtube Kids, menonton televisyen and bermain game seperti Minecraft. 

Dua-dua ada kelebihannya tetapi dengan bermain di luar, anak-anak akan lebih tahan lasak dan menggunakan lebih tenaga dalam membuat sesuatu perkara. Membuat aktiviti fizikal juga dapat menguatkan otak dan menjadikannya lebih tahan terhadap stres, tekanan dan adversity. Mereka juga boleh bermain secara berpasukan. Contoh aktiviti yang memerlukan teamwork ialah tarik tali, 4 kali 100 meter dan tuju selipar. Teamwork ini boleh membuat hati kanak-kanak lebih kuat. Sebab apa? Sebabnya teamwork ini memerlukan persetujuan bersama dan kekalahan atau kemenangan itu terletak pada setiap ahli pasukan. Jadi, kadangkala mereka terpaksa akur dengan kekalahan ataupun sekiranya strategi permainan mereka berlainan, mereka akan belajar cara untuk bertoleransi dan membuang jauh perasaan ‘cepat sensitif’ sesama sendiri. 

Kekalahan Itu Suatu Pembelajaran

Generasi seperti generasi X dan Y mudah untuk menganggap kekalahan dalam sesuatu perkara itu sebagai suatu proses kehidupan. Ini kerana mereka termasuklah mak ayah telah melalui pelbagai cabaran hidup yang berlainan daripada zaman selepas Perang Dunia Kedua sehinggalah zaman Artificial Intelligence. Mereka lebih mudah untuk adapt dengan sesuatu situasi dan faham erti makna kehidupan dengan lebih jelas. 

Kanak-kanak yang dilahirkan pada zaman sekarang kemungkinan kurang fasih dengan erti kehidupan. Mereka tidak biasa dengan struggle untuk mendapatkan atau menjayakan sesuatu perkara jadi apabila mereka berdepan dengan kekalahan atau kekecewaan, mereka mudah untuk overthinking dan sukar untuk move on dengan kejadian itu. 

Sekiranya anak-anak tengah menghadapi bad days, mak ayah mungkin boleh menceritakan pengalaman mak ayah sewaktu kecil seperti rintangan yang perlu dihadapi ataupun halangan yang perlu diatasi. Objektif menceritakan perkara ini adalah untuk mereka tahu makna kehidupan bahawa kekalahan sekali itu perlu dijadikan semangat untuk hari-hari yang akan datang.

Mak ayah juga boleh menceritakan kisah inspirasi seperti Thomas Edison, seorang American inventor yang gagal beribu kali untuk menghasilkan mentol elektrik sehingga suatu hari, dia mendapatkan formula yang tepat. Mak ayah juga boleh tonton filem-filem yang bertemakan ‘jangan berputus asa’ seperti Will Smith’s The Pursuit of Happyness atau 2007’s Ratatouille. Setelah menonton, mak ayah boleh memberitahu anak untuk tidak berputus asa supaya mereka akan lebih jelas dengan apa yang filem-filem tersebut sampaikan. 

Kalau Boleh, Tanya Daripada Menyelesaikannya 

Sebagai mak ayah, memang sudah terbiasa untuk kita lindungi anak kita daripada semua benda. Kalau boleh, kita ingin menjaga mereka bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi, sekiranya mereka telah berusia 6 tahun dan ke atas, mereka perlu belajar cara-cara untuk berdikari. Instead of cuba untuk menyelesaikan setiap masalah mereka lebih-lebih lagi masalah ringan seperti tidak jumpa permainan mereka di bilik, apa yang mak ayah boleh buat ialah untuk bertanyakan soalan daripada menolong mereka secara langsung. Mak ayah boleh bertanya begini, ‘Mana tempat terakhir yang Ahmad ingat Ahmad letak permainan tu?’ 

Sekiranya kalau anak mak ayah kena denda ketuk ketampi dengan cikgu di sekolah, instead of menghubungi cikgu untuk bertanyakan perkata tersebut, mak ayah boleh tanya anak dengan cara begini, ‘Kenapa cikgu denda Aisyah? Apa sebabnya?’ Bertanyakan perkara ini boleh buatkan mereka realize kesilapan mereka. 

Sekiranya kawan mereka tidak dijemput untuk ke majlis hari jadi, instead of cuba menghubungi mak ayah kawan itu untuk membenarkan anak mak ayah hadir ke majlis tersebut, lebih elok sekiranya mak ayah tanya mereka, ‘Apa yang Hariz rasa sekarang? Hariz rasa sedih ke? Kenapa?’ dan ‘Kemungkinan mereka ada sebab mereka tak jemput Hariz? Majlis itu maybe buat secara kecil-kecilan sahaja?’ Biar anak mak ayah berfikir sejenak dan mencari sebab munasabah tentang perkara ini. Dan setelah itu, berikan mereka kepastian yang tidak semua majlis kita akan dijemput. 

Melakukan perkara ini ialah untuk memastikan yang kita tidak spoonfeed mereka dengan kesemua benda atau situasi yang dialami. Itu adalah cara-cara untuk mereka jadi berdikari dan tunjukkan bahawa mereka mempunyai resilience untuk hadap cabaran dan pengalaman pahit yang akan mendatang. 

Ditulis oleh:
IAN FIRDAUS

References:
https://www.psycom.net/build-resilience-children
https://raisingchildren.net.au/school-age/behaviour/understanding-behaviour/resilience-how-to-build-it-in-children-3-8-years
https://www.theguardian.com/lifeandstyle/2019/jan/05/six-ways-to-raise-a-resilient-child
https://www.apa.org/topics/resilience/guide-parents-teachers