Anak Anda ‘Picky Eater’? Cuba Sediakan Bento yang Cute Ni!
Mesti pening kepala kan, setiap kali anak anda tolak makanan yang anda sediakan? Kadang-kadang, anak kecil ni minta kita sediakan makanan yang mereka inginkan, tapi bila dah siap, tak mahu makan pula. Jangan sedih mummies! Jangan pernah mengalah dan teruskan usaha untuk tambat selera mereka dengan pelbagai cara. Antara cara yang anda boleh cuba adalah dengan sediakan makanan ‘bento’. Bagi peminat makanan Jepun mesti familiar dengan makanan ni.
Bento ini sebenarnya satu bentuk hidangan yang biasanya disediakan di dalam bekas makanan yang berasal dari negara Jepun. Apa yang menarik, makanan tersebut disediakan mengikut kreativiti masing-masing untuk menjadikan makanan tersebut comel dan menarik. Ini kerana, dengan penggunaan pelbagai warna dan bentuk, ia dapat menarik minat kanak-kanak serta merangsang minda mereka untuk berfikir dan mengenal melalui bentuk dan warna.
Bento juga tidak semestinya disediakan di dalam bekas saja, ia juga boleh disediakan di atas pinggan untuk makan bersama. Paling penting, ianya mudah disediakan serta lengkap dengan pelbagai makanan bernutrisi lengkap bagi keperluan badan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, protein, karbohidrat dan sebagainya.
Untuk anda yang mempunyai anak yang ‘picky eater’ atau sering menolak makanan, anda boleh sediakan bento ini untuk tambat hati mereka!
- Nasi goreng bertemakan taman
Bahan: Nasi Goreng, buah-buahan, keju, cucuk hiasan
- Burger Bento
Bahan: Roti burger, daging burger, Salad, Stroberi/ apa-apa buah, Keju (hiasan), Seaweed (hiasan), cucuk hiasan
- Bento bertemakan kartun kegemaran si anak
Bahan: Nasi lembut, Ayam panggang, Stroberi/ apa-apa buah, keju (hiasan), Seaweed (hiasan), cucuk hiasan
- Pasta Sarang Burung
Bahan-bahan: Pasta, Tomato, Bertihan Jagung, Brokoli, Salad, Nuget Ayam, lobak (hiasan), cengkih/ bijan hitam (hiasan)
- Sandwich ‘Kereta Api’
Bahan: Sandwich, Keju (hiasan), Lobak Merah (hiasan), Saderi (hiasan)
Senang je kan nak sediakan bento ni? So, mummies boleh cuba sediakan apa-apa makanan dan hias mengikut kreativiti dan minat anak-anak seperti idea yang kami tunjukkan di atas. Yang penting, jangan give up untuk tarik minat anak untuk makan supaya mereka kekal sihat dan cukup nutrisi untuk tumbesaran mereka. Selamat mencuba!